Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan tarikh 16 Disember 2025 untuk pihak pelakon Linda Hashim memfailkan taklik yang masih belum dibuat.
Pr0siding perceraian Linda dan suaminya yang juga pelakon, Beego yang berlangsung hari ini tidak dapat diteruskan, selagi taklik tidak difailkan.
"Sebelum ini pr0siding kita sebab ada pengakuan taklik daripada pihak sana yang dikatakan dilafazkan oleh Beego. Jadi, mahkamah minta pihak sana untuk failkan taklik terlebih dahulu.
"Cerai tak boleh berjalan lagi selagi taklik yang lepas, tak disahkan. Tapi, pada hari ini selepas hampir dua bulan, kami difahamkan masih belum difailkan lagi.
"Jadi, k£s tak boleh berjalan, terpaksa ditangguhkan lagi sekali untuk berikan ruang kepada pihak sana untuk failkan taklik. Selagi mana taklik tak disahkan sama ada j@tuh atau tidak, cerai tak boleh diteruskan," kata peguam yang mewakili Beego iaitu Muhammad Akmal Amzan.
Sementara itu, Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah berkata, dia sendiri menjangkakan bahawa perjanjian taklik yang dibuat akan digunakan dalam mahkamah.
"Untuk taklik itu sebenarnya, pernah satu waktu saya diminta untuk buat satu lafaz taklik. Di mana sekiranya saya melangg@r perjanjian-perjanjian itu, maka gugurlah.
"Jadi, saya buat taklik itu tapi saya dah tahu mungkin ia akan digunakan dalam mahkamah. Saya buat taklik yang 'selamat', saya cakap, kalau kamu balik semula jadi isteri taat, baik, setia, taklik itu bermula di situ.
"Jadi, dia tak balik setahun dan benda itu tak sah. Jadi, lafaznya hanya lafaz biasa," jelasnya.
Peguam yang mewakili Linda, Nurul Fadzilah Kamaluddin pula memaklumkan, anak guamnya yang tidak hadir ke mahkamah pada hari ini, meminta agar ditangguhkan pr0ses untuk memfailkan taklik kerana isu kesihatan anaknya.
"Sepatutnya, kita failkan pr0ses taklik. Tapi, sebab anak guam saya minta tangguhkan kerana anaknya tak sihat, pada masa sama kita minta dari peguam sana untuk cerai cara baik atau failkan secara baik. Insya-Allah, nampaknya ada sedikit sinar," tuturnya.
Terdahulu, Beego dan Linda pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mereka mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023, sekali gus hadir bersama ke mahkamah bagi membat@lkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.
Linda bagaimanapun memaklumkan mereka bercerai kali kedua selepas beberapa bulan rujuk kerana mas@lah sama iaitu tiada persefahaman walaupun mendakwa sudah banyak kali peluang diberikan.
Untuk makluman, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan dikurniakan tiga anak perempuan, Jelita Clarissa, 11; Anggun Cassandra, 10; dan Indah Camelia, 6.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment