22 October 2025

JADI DOKTOR GIGI BUKAN CITA-CITANYA TAPI IBU - DR AFIFAH KONGSI KISAH LANJUTKAN PENGAJIAN KE MESIR : "DEKAT SANA ADALAH MAIN-MAIN JUGA... MAK & NUBHAN BANYAK MENJADI TULANG BELAKANG SAYA..."



"Cita-cita nak jadi doktor gigi sebenarnya cita-cita mak saya. Tapi mak saya tak nak saya belajar di Malaysia tapi nak saya lanjutkan pengajian ke luar negara.
"Alhamdulillah, bila saya sampai di Mesir agak berat juga nak jadi doktor gigi sebab banyak perkara perlu belajar tapi dekat sana adalah main-main juga.

"Allah dah takdirkan saya di Mesir untuk belajar jadi kurang sikit hiburan Alhamdulllah jadilah saya doktor gigi."

Demikian ujar isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah, dimana dia berkongsikan sebab mengapa dia menjadi doktor gigi dalam satu p0dcast baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, Dr Afifah yang turut berkongsikan kisah dia melanjutkan pengajian ke luar negara iaitu ke Mesir, memberitahu, dia menjadi doktor gigi bukan cita-citanya tetapi ibunya.

Tambah Dr Afifah lagi, dia lebih rajin untuk belajar apabila berada di tahun akhir, dimana ketika itu dia sudah bertunang dan mahu menamatkan pengajian mengikut waktu yang ditetapkan.

"Turning point saya untuk belajar lebih rajin untuk jadi doktor gigi apabila saya sudah bertunang pada tahun akhir pengajian. Saya bertunang dua tahun sebelum graduasi dan kahwin setahun sebelum graduasi.

"Ketika itu saya fikir, kalau saya tak lulus, saya tak boleh balik Malaysia sebab dah nak kahwin," katanya yang juga berkongsikan ibunya dan Nubhan merupakan tulang belakang untuknya menjadi doktor gigi, malah penyanyi dan usahawan itu juga sering melawatnya ketika dia berada di Mesir.

"Walaupun main-main, tak study hard sangat tapi senang lulus. Tak tahulah mungkin sebab orang kata rezeki kahwin ni lain.

"Nubhan juga selalu datang melawat saya dekat Mesir, dia datang seminggu sebelum peperiksaan, memang saya jadi tak belajar tapi Alhamdulillah lulus. Rezeki kahwin.

"Mak dan Nubhan banyak menjadi tulang belakang saya untuk menjadi doktor gigi," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: