"Saya okay. Apa yang tidak memud@ratkan diri, kesihatan saya, dan anak saya, saya teruskan. Saya uruskan sendiri, okay?"
Itulah kata pelakon Uqasha Senrose ketika ditemui media sejurus selesai pr0siding pertama permohonan perceraian terhadap suaminya, pelakon Kamal Adli di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, yang sepatutnya berlangsung hari ini, ditangguhkan ke 28 Oktober ini.
Dalam pada iu, jelas Uqasha, dia berada dalam keadaan baik dan akan tetap meneruskan dengan pr0ses perceraian berkenaan, selain meminta media untuk berfikir sendiri ketika diminta mengulas mengenai hantaran yang dimuat naik Kamal di media sosial beberapa hari lalu.
"Fikir sendiri. Fikir sendiri saja," ujarnya yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai punca dia memfailkan perceraian.
Klik untuk gambar besar
"Untuk sebutan kali pertama ini, Alhamdulillah anak guam saya dapat hadir seawal jam 9 pagi tadi, namun pihak defendan tidak hadir dan diwakili peguam syarie.
"Disebabkan itu, k£s ini terpaksa ditangguhkan lagi dan pada 28 Oktober, mahkamah akan mendapatkan pengesahan sama ada pihak defendan setuju atau tidak dengan tuntutan Uqasha," tuturnya.
Difahamkan, perg0lakan rumah tangga pasangan itu dikatakan berpunca akib@t sudah hilang sabar dan tiada persefahaman, sekali gus mendorong Uqasha untuk memfailkan perceraian pada 1 Oktober lalu.
"Perkara itu saya tidak boleh komen kerana akan dibicarakan menerusi pr0siding di hadapan hakim. Apa yang boleh kami katakan, Uqasha sudah tidak boleh bersabar dan tiada persefahaman. Itu sahaja.
"Tapi kalau kata selepas ni ada jodoh, Alhamdulillah. Ini sahaja jawapan Uqasha," jelas Nurfarhana mengenai anak guamnya yang tidak mampu untuk mempertah@nkan rumah tangganya.
Tidak hanya itu, Farhana juga difahamkan Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, tidak menunjukkan usaha memujuk sepanjang perg0lakan rumah tangga berlaku.
"Apa yang dimaklumkan Uqasha, tiada pujukan. Saya tak pasti kalau sebaliknya," katanya.
Sementara itu, Uqasha yang menggelengkan kepala seakan-akan bersetuju dengan perkara tersebut, meminta agar suaminya hadir memberi kerjasama sepanjang pr0siding perceraian mereka.
Malah, Uqasha turut berharap Kamal menghormati pihak mahkamah dan semua yang terlibat bagi memudahkan pr0ses perundangan.
"Saya cuma harap dia (Kamal) beri kerjasama. Jangan buat tidak hadir begini, saya pun ada kerja saya," ulasnya.
Terdahulu, rumah tangga pasangan ini mula menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di media sosial, selain netizen juga mendakwa Uqasha mula memberi pelbagai bayangan mengenai kem£lut rumah tangga mereka.
Berhubung dakwaan itu, Kamal yang mendirikan rumah tangga bersama Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, tampil men£pis dakwaan rumah tangga yang dibina bersama Uqasha berant@kan seperti didakwa di media sosial.
"Ada segelintir netizen yang membuat andaian saya tiada masa untuk anak sendiri. Tak baik ya, tengok di atas (foto percutian bersama keluarga), banyak sahaja masa yang saya luangkan untuk Hawra, bawa bercuti dan sebagainya.
"Saya adalah seorang ayah. Saya sangat sayangkan anak saya. Mustahil saya tak fikir fasal Hawra," tulis Kamal pada hantaran itu yang turut disertakan foto-foto bersama isteri dan anaknya, Hawra Uqaira, 15 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment