Semalam, jasad mendiang Lotter P Edwin Edin atau lebih dikenali sebagai Lotter atau Dudu telah pun selamat dikebumikan di kampung halamannya di Membakut, Sabah, semalam.
Majlis pengebumian mendiang Lotter bukan sekadar dihadiri ahli keluarga dan orang tersayang, malah mengumpulkan rakan-rakan artis yang terk£san dengan pemergian artis serba boleh serta disayangi itu.
"Baru selesai upacara pengebumian mendiang Lotter. Semuanya berjalan dengan lancar. Ramai sayang mendiang dan pemergiannya mendapat liputan meluas," kata rakan penyanyinya, Maldini.
Sementara itu, rakan karib Lotter iaitu Felix Agus mendoakan agar mendiang berehat dalam damai.
Klik untuk gambar besar
Antara rakan artis yang memberi penghormatan terakhir termasuk Marsha Milan, Velvet Aduk, Rich Estranged, Nera, dan lain-lain.
Turut berduk@ atas pemergian naib juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu adalah Datuk Aznil Nawawi yang juga pengacara AF4 serta penyanyi Hazama.
Sebelum ini, Lotter dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu pada Sabtu lalu selepas mengalami kesuk@ran bernafas.
Keadaan kesihatan Lotter mer0sot pada waktu petang sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.13 malam hari sama.
Penyanyi yang aktif dengan kerjaya seninya di Sabah juga sebenarnya sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment