31 October 2025

"KEADAAN SAYA SEKARANG (LEPAS PEMB£DAHAN) BELUM STABIL LAGI..." - SHAHRONIZAM MASIH TUNGGU LAPORAN MAKMAL, TERMASUK KEPUTUSAN JENIS KETUMBUHAN DIHADAPINYA



Walaupun selepas menjalani pemb£dahan membuang ketumbuhan di bahagian bahu kanannya, kelmarin, pelakon Shahronizam Noor, 53, memaklumkan keadaan kesihatannya masih belum stabil lagi.
Kongsi suami kepada Safura Yaacob itu lagi, buat masa ini dia juga masih menunggu laporan keputusan makmal, termasuk keputusan jenis ketumbuhan dihadapinya.

"Keadaan saya sekarang belum stabil lagi. Sebab, doktor pun baru keluarkan ketumbuhan itu dan ia perlu dihantar ke makmal. Jadi, sekarang kena tunggu keputusan daripada makmal apa jenis ketumbuhan itu.

"Kemudian, baru doktor boleh buat tind@kan susulan. Apa yang perlu dilakukan untuk rawatan selanjutnya kepada saya," jelasnya yang turut memberitahu, dia mengikuti pros£dur selama enam jam di dalam bilik bedah bagi membuang ketumbuhan itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

"Apapun, sekarang ini InsyaAllah saya dalam proses pemulihan. Benda ini (sakit), kita reda sahajalah dan yang penting kita juga ikhtiar, apa perlu kita buat.

"Selainnya itu, serah kepada Allah sahajalah. Hidup mati kita semua kerana Allah. Tapi, yang pasti saya menyedari mas@lah ini (ketumbuhan) cepat jugalah," katanya.

Pada Ogos lalu, Shahronizam melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Ampang dan kemudian k£snya dirujuk pula ke Hospital Ampang.

Pada 12 September, Shahronizam menjalani proses ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di Hospital Ampang dan seterusnya dia dirujuk ke HKL.

Berehat seketika daripada lakonan, Shahronizam memberitahu dia akan kembali semula ke set penggambaran drama terbaharu pada Disember depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: