"Menghilangkan diri itu rasanya tidak juga, sebab bagi saya sekarang ini, saya percaya kepada rezeki dan apa yang sudah disusun untuk saya pada masa akan datang.
"Apa yang akan berlaku, akan tetap berlaku. Jadi, daripada kita terlalu tert£kan memikirkan apa yang bakal berlaku, di mana rezeki kita, bagaimana keadaan kita esok atau lusa.
"Saya rasa lebih baik kita terus jalani kehidupan ini, Insya-Allah. Aliff teruskan perjalanan itu sahaja. Yang penting, setiap hari satu langkah ke hadapan. Begitulah. Satu langkah ke hadapan."
Demikian ujar penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, 34, dimana dia menolak tanggapan bahawa dia menghilangkan diri selepas terpalit kontr0versi pada tahun lalu membabitkan k£s khalw@t.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, penyanyi lagu 'Sayang Sayang' itu meluahkan rasa syukur masih ada tawaran menyanyi dan akan ke Malaysia jika ada undangan persembahan.
"Saya masih ulang alik antara Malaysia dan Singapura. Tawaran nyanyian pun masih ada sama ada untuk majlis korp0rat atau perkahwinan. Kira masih aktif dan sentiasa ada, Alhamdulillah," tuturnya.
Kata Aliff lagi, dia tidak mahu kisah lalu terus membayangi dirinya dan memilih untuk terus menjalani kehidupan serta maju ke hadapan, selain banyak meluangkan masa bersama keluarga di Singapura dan bermuhasabah diri.
"Kita pun dah hampir masuk tahun 2026, Insya-Allah tidak lama lagi dan saya kini benar-benar fokus terhadap langkah-langkah yang akan diambil selepas ini iaitu perancangan yang sudah ada untuk tahun depan dan apa yang saya mahu capai sepanjang tahun, Insya-Allah.
"Jadi, fokus saya kini lebih kepada itu. Saya tidak lagi menoleh ke belakang, maksudnya, tidak lagi memikirkan apa yang sudah berlaku dahulu. Jadi bagi saya, fokusnya kini hanya pada apa yang ada di hadapan.
"Saya lebih menumpukan perhatian kepada masa depan," katanya yang bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna kerana perkara itu terlalu peribadi buatnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
 
 



 
No comments:
Post a Comment