31 October 2025

PERKAHWINAN 14 TAHUN BERAKHIR DENGAN PERCERAIAN - REBECCA NUR AL ISLAM AKUI TAK SANGKA, MASIH 'D0WN'



"Sejujurnya, saya pun terk£jut dan tak sangka perkahwinan yang dibina akhirnya sampai di sini saja. Mungkin tiada jodoh antara kami.

"Tak perlu (kongsi punca bercerai) sebab akan menga1bkan kedua-dua belah pihak. Rasanya apa yang boleh ditutup untuk simpan a1b sendiri dan bekas suami, kita tutuplah.

"Bagi saya, hidup ini terlalu singkat. Saya ikut saja apa yang sudah tertulis oleh Allah SWT. Saya terima ketentuan ini walaupun saya sendiri tak sangka."

Itulah kata pelakon Rebecca Nur Al Islam, dimana dia tidak menyangka apabila perkahwinan yang dibina selama 14 tahun berakhir dengan perpisahan pada awal Mei lalu.

Dalam pada itu, ujar Rebecca, dia enggan berkongsi punca perceraian dengan bekas suaminya, Datuk Nur Azman Sulaiman, demi menjaga a1b kedua-dua belah pihak.

Pelakon berusia 39 tahun ini bagaimanapun enggan mengulas sama ada perpisahan itu berpunca daripada orang ketiga.

"No komen," jawabnya yang mengakui masih dalam fasa untuk memulihkan semangat dan dia kini cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan selepas bergelar ibu tunggal.

Klik untuk gambar besar

"Sejujurnya saya tengah 'd0wn'. Saya pun baru saja keluar (jumpa orang). Saya banyak mendekatkan diri kepada dunia yang kekal selamanya, tapi bila fikir semula saya ini dah nak m@ti ke?

"Jadi saya fikir kenapa tidak saya keluar jumpa orang. Hari ini (semalam) adalah hari kedua saya betul-betul keluar. Hari pertama saya menghadiri majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman.

"Sebenarnya saya bukan t@kut nak berdepan dengan orang, tapi saya macam tak tahu kenapa. Namun saya sedar saya kena bangkit dan cari semangat semula untuk teruskan kehidupan serta mencari rezeki demi tujuh orang anak saya," tuturnya.

Sebelum ini, perkongsian Rebecca di media sosial menarik perhatian netizen apabila pelakon itu seakan-akan memberi gambaran hubungannya dengan Nur Azman didakwa sudah berakhir.

Kata Rebecca, dia dan suami sudah cuba berusaha yang terbaik, namun akur dengan takdir yang ditentukan Allah SWT.

Untuk makluman, Rebecca mendirikan rumah tangga dengan Nur Azman pada 14 Januari 2011 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata.

Rebecca turut mempunyai seorang anak angkat iaitu Nor Adam Daniel yang kini berusia 16 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: