Pelakon Linda Hashim tampil mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan pelakon Beego berkenaan taklik, dimana katanya, suaminya itu mengeluarkan kenyataan seolah-olah taklik tersebut bersyarat, menunjukkan seolah-olah dia yang bermas@lah.
"Saya kec£wa kerana dia (Beego) tidak bercakap benar dan jelas memut@r b£lit fakta. Menurutnya, sekiranya saya kembali taat pada dia, setia dengan dia, balik rumah, barulah talak itu berjalan. Jadi, nampak macam saya yang tak setia, tak taat dengan dia.
"Taklik itu tak ada pun mengatakan syarat terbabit. Maksudnya, video yang saya dapat dari dia, tiada bersyarat pun. Dia cakap jelas, sekiranya dia melakukan apa yang dia janji itu, maka gugurlah taklik.
"Itu saja. Dia tak ada cakap pun apa yang disebut semalam. Lepas itu, dia sibuk nak 'highlight' yang Linda ini tak balik dah setahun apa semua," katanya.
Dalam pada itu, Linda turut menasihatkan Beego untuk tidak membuka cerita bukan-bukan memandangkan dia sendiri sudah tutup mulut bercerita hal mereka di mana-mana platf0rm sekarang.
Klik untuk gambar besar
"Pada saya, walaupun orang (media) tanya, baik dia diam dan kemudian selesaikan hal yang sepatutnya. Bagi laluan pada k£s orang lain pula.
"Tak nak lepas. Tapi dia berbunyi-bunyi lagi macam-macam. Cuma saya nak tekankan, macam k£s taklik ini, memang video taklik yang ada pada saya tidak bersyarat," ujarnya.
Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini menjelaskan, sebelum memfailkan cerai, dia memang taat dengan suaminya itu dan tinggal di rumah mereka.
"Apa saja dia buat, dia balik ke, dia tak balik, dia pukvl, saya tetap taat dan duduk rumah. Kenapa dia kena 'highlightkan' benda itu sekarang? Apa selama ini saya tak setia dengan dia?
"Dia yang tak balik rumah. Bila saya dah keluar macam ini, dia nak keluar pula kenyataan. Eh, masa saya ada dekat rumah, dia pergi mana? Tak balik rumah juga, kan?," tuturnya.
Terdahulu, Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semalam berkata, sudah menjangka bahawa perjanjian taklik yang dibuat akan digunakan dalam mahkamah.
Sementara itu, Linda ketika diminta mengulas ketidakhadirannya di mahkamah memberitahu, mereka berdua sepatutnya tidak perlu hadir dan menyerahkan perkara ini kepada peguam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment