"Ini pentas dengan ramai penyanyi-penyanyi hebat. Rugi kalau saya tolak apabila diberi tawaran," demikian ujar penyanyi Nubhan, dimana katanya, pr0gram Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) merupakan peluang terbaik untuk dia terus aktif sebagai penyanyi.
Kemunculan Nubhan antara yang mendapat perhatian dalam senarai 13 peserta GV musim terbaru itu apabila penyertaannya menjadi bualan kerana dia kini berdepan pr0ses perceraian dengan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Ketika namanya diumumkan sebagai peserta pada majlis sidang media yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, menghiburkan tetamu dengan lagu 'Ada Untukmu'.
Klik untuk gambar besar
Turut bersaing ialah peserta dari Indonesia iaitu Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua selain Iskandar Ismail dari Singapura.
Sementara itu, penyanyi dan pelakon Shy8 atau Usop Wilcha turut menghangatkan pentas GV12 sebagai peserta wildcard.
Barisan juri GV12 masih mengekalkan Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.
GV12 bakal memulakan siaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 2 November ini dan disiarkan di saluran Astro Ria.
Pr0gram ini akan dikendalikan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment