23 October 2025

"LINDA MINTA BANTUAN SAYA URUSKAN ANAK-ANAK... SAYA FIKIR MASIH ADA RUANG UNTUK BERBAIK" - BEEGO DAKWA MELALUI 'HARI-HARI INDAH' APABILA LINDA HASHIM SERAHKAN SEMULA KUNCI RUMAH KEPADANYA



"Baru-baru ini, anak kedua, Anggun Cassandra mel£cur kaki. Linda minta bantuan saya uruskan anak-anak yang lain. Alhamdulillah, bagi saya, itu permulaan yang baik.
"Sampai hari ini, kami masih berkomunikasi. Saya ada tanya sama ada hendak berbaik, namun dia minta hormati keputusannya. Tetapi, saya fikir masih ada ruang untuk berbaik."

Itulah kata pelakon Beego, dimana dia percaya masih terdapat ruang untuk dirinya berdamai dalam hubungan dengan isterinya, pelakon Linda Hashim berikutan mereka kerap berhubung soal anak.

Sebelum ini, Beego atau nama sebenarnya, Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendakwa tidak berpeluang berhubung dengan Linda berikutan dis£kat di semua platf0rm media sosial.

Beego yang ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, semalam, mendakwa melalui 'hari-hari indah' apabila Linda menyerahkan semula kunci rumah kepadanya.

"Dia suruh saya temankan anak-anak dan tidur dengan mereka di Seri Rampai, iaitu tempat Linda dibesarkan, sementara Linda pulang ke rumah kami.

"Buat masa ini, Linda bersama anak-anak tinggal di rumah keluarganya. Mungkin dia hendak besarkan anak dalam suasana arwah mamanya dulu.

"Kalau Linda hendak saya pindah ke situ pun tiada mas@lah supaya kita boleh sama-sama uruskan anak-anak, daripada berpisah macam ini pun akan jadi mas@lah," tuturnya.

Pada 6 Februari lalu, Linda menuntut cerai daripada Beego di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Mereka pernah bercerai pada 27 Mac 2023, namun mencapai kata sepakat untuk rujuk pada 9 April 2023 dan membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak.

Untuk makluman, Beego dan Linda berkahwin pada Jun 2013. Selain Anggun, 10, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata, Jelita Clarissa, 11, dan Indah Camelia, 6.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: