"Apa-apa pun, thank you for the question. Saya serah kepada peguam saya," itulah ujar pelakon Uqasha Senrose, 33, dimana dia hanya mengucapkan, terima kasih ketika ditanya berhubung kenyataan suaminya, pelakon Kamal Adli, 39, yang mahu mempertah@nkan rumah tangga mereka dan masih sayang kepadanya.
Dalam pada itu, Uqasha menyerahkan urusan menjawab pertanyaan media berhubung k£s cerainya kepada peguam syarie baharu mewakilinya, Muhammad Syazmee Sapian.
Sementara itu, peguam memaklumkan, pr0siding k£s pada 19 November depan bagi membuat lantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) daripada kedua-dua belah pihak bagi Uqasha dan Kamal.
"Setakat ini, doakanlah yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Semoga ada sinar kebaikan atau tengoklah macam mana nanti pada pr0siding k£s seterusnya.
"Apapun, tak ada orang yang berkahwin nak bercerai. Jadi, saya mohon agar masyarakat termasuk netizen untuk mendoakan kebaikan dalam k£s ini," katanya.
Disamping itu, ditanya mengenai keputusan penarikan diri peguam syarie, Nurfarhana Abd Manaf, Muhammad Syazmee berkata, tiada sebarang isu berlaku dan menyifatkan mana-mana peguam ada hak untuk tarik diri daripada mewakili anak guamnya.
Untuk makluman, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, 18 bulan.
Bagaimanapun, pada 22 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan perceraian terhadap Kamal di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, namun Kamal gag@l hadir pada pr0siding itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment