"Saya sekarang sudah semakin sihat dan kerja seperti biasa. Buat masa ini tiada pun rasa tr@uma," jelas penyanyi muda, Amad, 13, dimana dia berkongsi keadaan kesihatannya yang kini sudah semakin baik, selain mengakui tidak pernah wujud rasa tr@uma untuk membuat persembahan pentas.
Kata Amad atau nama sebenarnya, Ahmad Dayyan, kejadian r£bah ketika beraksi di pentas Grand Finale Talk To My Manager (TTMM) pada 12 Oktober lalu itu tidak pernah memat@hkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya seni.
Sementara itu, pengurus kepada Amad yang juga ibunya iaitu Siti Saerah, berkata, kejadian itu menjadi iktibar buat mereka supaya lebih berhati-hati.
Tutur Saerah lagi, dia juga tidak mahu meletakkan kesal@han ke atas mana-mana pihak selepas kejadian tersebut.
"Apa yang berlaku sebenarnya tidak dijangka. Sekarang kita siapkan diri. Dalam dunia ini kita tidak tahu niat orang baik atau buruk.
Klik untuk gambar besar
"Sebagai umat Islam pelindungan untuk diri sendiri itu perlu. Kena ambil iktibar dan ia dijadikan pengajaran untuk masa akan datang," ujarnya.
Disamping itu, mengulas mengenai tentang kejadian yang berlaku di sebuah dewan, Saerah bagaimanapun memilih untuk tidak lagi memberi sebarang komen lanjut berhubung perkara terbabit.
Kata Saerah, apa yang penting baginya adalah kesihatan Amad yang kini semakin baik, sekali gus dapat kembali meneruskan kerjaya nyanyian.
"Tak perlu saya bercakap benda yang sudah lepas. Kalau ulas mungkin ada sp£kulasi lain. Apa yang perlu saya buat sekarang adalah untuk masa depan Amad.
"Amad terima tawaran kerja seperti biasa. Selagi ia tidak mengg@nggu jadual sekolah, saya okay sahaja," jelasnya.
Sebelum ini ketika tampil di pentas akhir TTMM, Amad kelihatan tidak bermaya sewaktu berdiri untuk bersedia membuat persembahan.
Keadaan dalam dewan menjadi c£mas apabila pihak pr0duksi naik ke atas pentas dan kemudian mendukung Amad ke belakang.
Beberapa minit kemudian, Amad kembali tampil membuat persembahan termasuk nyanyian duet bersama Nadeera dengan lagu 'Bukan Lagi Kita'.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment