"Saya tidak faham dengan benda itu (isu boik0t). Niat mereka hanya nak menghadiri majlis kahwin, maksudnya mengeratkan silaturahim. Lepas tu tiba-tiba ada sesetengah pihak pula nak boik0tlah, saya tak faham.
"Apa yang boleh saya cakap, janganlah kita buat benda itu. Kita doakan orang yang nak buat boikot itu diberi hidayah ataupun petunjuk untuk dia ubahlah."
Demikian ujar pelakon Fattah Amin, 35, dimana dia meluahkan rasa hairan dan kurang senang berhubung rakan artis diboik0t akib@t menghadiri majlis perkahwinannya bersama penyanyi Amira Othman.
Tidak faham m0tif gerakan itu ditubuhkan, Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, berkata, dia hanya mendoakan supaya golongan itu diberikan hidayah.
Dalam pada itu, akui Fattah, hal itu lebih dirasai selebriti yang diboik0t ketika ditanya sama ada dirinya terk£san dengan perkara tersebut.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Amira yang bersetuju dengan kenyataan suaminya itu pula berpendapat, setiap yang berlaku adalah asam geram seorang anak seni.
Ulas Amira atau Nadia Amira Othman, 32, yang p0sitif dengan perkara tersebut, setiap individu bebas untuk menyebelahi selebriti yang diminati mereka.
"Jadi anak seni kan, memang kita tak boleh tutuplah. Akan ada orang suka, ada orang tak suka. Tapi kami tidak mengambil hati atau mar@h.
"Saya yakin setiap individu ada pilihan masing-masing. Kalau nak memboik0t itu, kami tidak nampak atas dasar apa dia ingin memboik0t.
"Tapi tak apalah. Saya dan Fattah pun nak hidup tenang-tenang. Kalau ada yang tak suka, kami doakan mudah-mudahan suka selepas ini," tuturnya.
Sebelum ini, media sosial k£coh apabila terdapat segelintir netizen melakukan gerakan memboik0t beberapa selebriti yang hadir ke majlis pernikahan Fattah dan Amira pada 14 September lalu di sebuah resort di Sepang.
Antara selebriti yang disebut mahu diboik0t ialah Ernie Zakri, Anzalna dan Nabila Razali.
Malah yang terkini, Fasha Sandha turut menjadi m@ngsa keadaan apabila memuat naik gambar menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti itu di Johor pada Sabtu lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment