18 October 2025

"ITU BUKAN BUDAYA SAYA... "ADA ORANG TELAH 'REMOVE' SAYA..." - FASHA SANDHA TAMPIL JELAS DIA TIDAK PERNAH 'UNFOLLOW' SESIAPA, MALAH SIAP TUNJUK DEMONSTRASI



"Pernah tak korang nampak perkataan 'follow back' terhadap orang yang korang tak 'unfollow' pun tapi rupanya ada cara nak buat macam itu.

"Saya akan tunjuk contoh dengan pergi ke bahagian pengikut Instagram saya, kemudian akan 'remove' Saerah, jadi secara automatik Saerah tak akan ada dalam senarai pengikut saya.

"Tapi di Instagram saya tetap nampak masih mengikutinya. Selain cara 'bl0ck' dan 'unbl0ck' rupanya ada cara ini."

Itulah kata pelakon Fasha Sandha, 41, dimana dia tampil menjelaskan sal@h faham yang berlaku mengenai dakwaan dirinya tidak lagi mengikuti Instagram seorang individu.

Ujar Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, dia baharu sahaja mengetahui cara membuang seseorang daripada senarai pengikut media sosial itu.

Bagi menjelaskan perkara tersebut, Fasha turut melakukan demonstrasi bersama rakannya, penyanyi Siti Saerah di siaran langsung Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Fasha berkata, dia bertindak berkongsi perkara itu selepas seseorang membuang dirinya daripada senarai pengikut dalam diam, bagaimanapun tidak menyebut nama individu berkenaan.

Klik untuk gambar besar

"Ada orang telah 'remove' saya daripada senarai pengikut dia apabila sudah 'remove' dia masih ikuti saya.

"Jadi pada pandangan orang macam Saerah tidak mengikuti saya sedangkan saya yang 'remove' dia," tuturnya.

Tambahnya lagi, cara tersebut dikongsikan rakannya selepas menyedari dia tidak mengikuti akaun individu itu.

Disamping itu, Fasha men£gaskan, dia bukan seorang yang mudah untuk tidak mengikuti rakan-rakan di media sosial, malah dia sendiri masih mengikuti bekas suaminya.

"Kita sekadar nak kongsi satu ilmu yang baru saja saya tahu kepada semua pengikut. Saya rasa ia berguna. Saya pun baru tahu ilmu ini daripada rakan saya.

"Saya tidak pernah 'unfollow' sesiapa kerana itu bukan budaya saya. Tapi saya okay saja cuma diibaratkan 'plot twist' juga kerana orang boleh sal@h faham," luahnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: