Kira-kira jam 10 malam semalam, dikhabarkan penyanyi yang juga naib juara pr0gram realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim keempat (AF4) iaitu Lotter P Edwin Edin, 43, telah meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, selepas bert@rung peny@kit tir0id.
Pemergian Lotter atau juga dikenali sebagai Dudu, dikongsikan oleh adiknya dalam satu hantaran.
"Dukacita dimaklumkan, abang saya, Lotter, telah meninggal dunia pada 18/10/2025, jam 10:13pm di QEH 1. Pls remember him in your prayers," katanya.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, Lotter bert@rung peny@kit itu sejak kebelakangan ini dan pemergiannya sangat meng£jutkan rakan-rakan artis terutama artis tempatan Sabah.
"Tiada suda Lotter artis kesayangan kita," demikian pengesahan artis Sabah iaitu Maldini yang juga rakan karib mendiang.
Menurut sumber terdekat, Lotter yang sangat ceria itu kuat berusaha menyembunyikan peny@kitnya dan justeru itu, ramai rakan terdekatnya terk£jut dengan pemergian penyanyi yang dilahirkan pada 30 April 1982 ini.
Lotter yang aktif dengan kerjaya seninya di Sabah itu turut dikhabarkan sebenarnya sudah bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga.
Bakat Lotter berjaya menarik perhatian kerana karakter yang ceria dan menghiburkan serta vokal bertenaga ketika berada dalam industri seni.
Pada tahun 2023, Lotter bersama kumpulannya The Divine Master melancarkan single baharu berjudul 'Kemarin Mengec£wakanmu', menandakan kemunculan semula beliau selepas hampir 15 tahun berehat daripada dunia muzik.
Selain itu, Lotter juga pernah menjadi penyampai radio Suria FM Sabah dan Kupikupifm.
Salam takziah buat keluarga mendiang.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment