19 October 2025

KAMAL ADLI MOHON HENTIKAN PROV0KASI, NAFI AB4IKAN KELUARGA : "ALHAMDULILLAH, SETAKAT INI REZEKI SAYA TIDAK PUTUS, MENCUKUPI UNTUK KELUARGA KECIL SAYA... URUSAN PERIBADI KAMI BIARLAH MENJADI RAHSIA..."



"Ada segelintir netizen yang membuat andaian saya tiada masa untuk anak sendiri. Tak baik ya, tengok di atas (foto percutian bersama keluarga), banyak sahaja masa yang saya luangkan untuk Hawra, bawa bercuti dan sebagainya.

"Saya adalah seorang ayah. Saya sangat sayangkan anak saya. Mustahil saya tak fikir fasal Hawra," demikian jelas pelakon Kamal Adli, dimana dia tampil men£pis dakwaan rumah tangga yang dibina bersama pelakon Uqasha Senrose berant@kan seperti didakwa di media sosial sebelum ini.

Perjelasan Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, itu dibuat menerusi media sosial miliknya bagi men£pis semua sp£kulasi bertebaran, termasuk mendakwa dirinya tidak meluangkan masa bersama keluarga serta anak perempuannya, Hawra Uqaira.

Dalam pada itu, Kamal turut men£gaskan lagi, dia sengaja menolak tawaran kerja selama beberapa bulan bagi meluangkan masa bersama keluarga dan secara tidak langsung menafikan khabar angin bahawa dia tidak menerima sebarang tawaran kerja.

Klik untuk gambar besar

"Ada yang cakap saya tiada kerja selama tiga bulan, sal@h itu. Saya sengaja tidak ambil tawaran pekerjaan selama dua bulan untuk berehat selepas kerja 'back to back' dan dapat fokus kepada anak serta isteri.

"Mustahil saya tidak fikir pasal Hawra," katanya yang turut memaklumkan, setiap hasil kerjanya adalah mencukupi untuk menampung keluarganya.

"Alhamdulillah, setakat ini rezeki saya tidak putus, mencukupi untuk keluarga kecil saya. Yang paling penting isteri dan anak saya sihat dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

"Saya juga sangat bersyukur isteri dan anak dikelilingi ahli keluarga serta orang yang menyayangi mereka. Alhamdulillah," tuturnya yang dalam masa sama juga berharap orang ramai berhati-hati dalam mel£mparkan sebarang krit1kan mengenai rumah tangganya.
Disamping itu, Kamal memberitahu, dia tidak banyak berkongsi mengenai hal peribadi dalam media sosial disebabkan tr@uma dengan insid£n dirinya diced£rakan seorang individu di Singapura pada 2023.

"Kepada netizen yang meninggalkan komen neg@tif terhadap saya mahupun Uqasha. Urusan peribadi kami biarlah menjadi rahsia kami suami isteri. Saya cuma minta janganlah lakukan prov0kasi kepada isteri saya dia juga manusia.

"Kadang-kadang penat kerja dan str£s. Apa yang terbaik ialah doakan isteri saya dan kami sekeluarga. Demi Allah, saya sangat sayangkan isteri saya dan anak," ujarnya.
Sebelum ini, rumah tangga Uqasha dan Kamal kembali menjadi tumpuan selepas pasangan itu dikatakan tidak lagi saling mengikuti dalam media sosial.

Sp£kulasi keretakan rumah tangga semakin menjadi bualan hangat selepas Uqasha membuat siaran langsung dan menceritakan keletihannya ketika bekerja serta menjaga anak.

Untuk makluman, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang dan dikurniakan Hawra pada April tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: