"Selama ini ramai yang pandang rendah pada saya. Alhamdulillah, Tuhan tunjukkan bahawa kalau kita berusaha, ia tak akan mengkhi@nati hasil."
Itulah kata pelakon dan penyanyi, Fareez Fauzi, 28, apabila dia membuktikan usaha keras tidak pernah mengkhi@nati hasil apabila dinobatkan sebagai juara kategori mid weight pada Grand Final All Star Championship yang berlangsung pada malam Sabtu.
Tutur Fareez yang merupakan anak kepada pelakon Fauzi Nawawi ini, dia tidak menyangka keberaniannya untuk menceburi sukan las@k itu akhirnya membuahkan hasil sehingga berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000.
Ujarnya lagi, selepas men£waskan Sheikh Sonic, air mata yang mengalir saat diumumkan sebagai juara itu menunjukkan segala penat lelah meninggalkan keluarga selama ini terbayar.
"Macam-macam cab@ng saya cuba sebelum ini tapi rezeki belum nampak. Tapi mana tahu, kalau ada peluang dalam bidang lakonan selepas ini, bolehlah panggil saya. Badan pun dah cantik sekarang," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
"Saya akan gunakan sepenuhnya untuk keluarga, nak buat majlis aqiqah anak saya, menabung dan pendidikan mereka nanti," jelasnya yang berkongsi perkara itu ketika ditemui sebaik sahaja tamat perlaw@nan Grand Final All Star Championship yang berlangsung di Arena Sukan Kuala Lumpur.
Malah, katanya lagi, dia bersyukur apabila isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab hadir memberi sokongan moral, meskipun tidak sanggup melihat suaminya itu menerima pukvlan daripada pihak law@n pada perlaw@nan akhir tersebut.
Sementara itu, personaliti media sosial iaitu Imranul Effendy turut mendapat perhatian apabila dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 selepas menjuarai kategori lightweight dalam acara sama.
Jelas Imranul, kemenangan itu amat bermakna baginya kerana niat utamanya adalah untuk membawa ibunya menunaikan umrah, selain berharap untuk memberi penghargaan kepada pusat gimnasium yang banyak menyokong perjalanannya sebagai atlet.
"Memang niat saya dari awal kalau menang, saya nak bawa ibu saya pergi umrah. Selain itu, saya nak belanja gim yang banyak bantu dan taja saya, serta self-reward untuk diri sendiri," tuturnya yang berlaw@n dengan Amir itu.
Maklum Imranul lagi, dia tidak merancang untuk terus berada dalam sukan las@k itu dan mahu fokus terhadap minatnya sebagai penari.
Selain itu, kongsinya, dia melalui pengalaman yang mencab@r termasuk perlu menurunkan berat badan secara dr@stik serta menjalani latihan yang ketat selama beberapa bulan ini.
"Berat badan saya daripada 75 kilogram kena turun ke 65 kilogram. Saya buat latihan empat kali sehari, memang bukan mudah.
"Jadi fight£r ini memerlukan fokus dan disiplin yang sangat tinggi, termasuk kena jaga makan, tak boleh lalai dan latihan kena konsisten," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment