19 October 2025

PUTERI BALQIS TAMPIL T£MPIS DAKWAAN AHLI KELUARGA TERBABIT DAD4H : "BOLEHKAH ANDA SERTAKAN BUKTI YANG KUKUH? ADAKAH DENGAN MELIHAT PERANGAI KAMI, ANDA TERUS MENUDUH KAMI SEMUA SEBAGAI PEN4GIH?"



"Pasukan kami menerima fitn@h ini daripada anda. Setahu saya, keluarga saya tidak pernah mengambil dad@h. Semua ahli keluarga kami tidak pernah sekalipun menggunakan dad@h. Kami semua berada dalam keadaan normal, sama ada ketika bekerja mahupun tidak bekerja."

Demikian tulis pelakon Puteri Balqis menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial, dimana dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas netizen apabila menuduh ahli keluarganya terbabit dalam penyal@hgunaan dad@h.

Dalam hantaran itu, Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi, men£gaskan keluarganya tidak pernah mengambil atau terbabit dengan sebarang aktiviti berkaitan dad@h.

Berhubung dakwaan itu, pelakon berusia 23 tahun ini berkata, pihaknya menuntut individu yang menabur fitn@h supaya mengemukakan bukti kukuh.

Klik untuk gambar besar

Ujar Balqis atau mesra disapa Aqish itu lagi, dakwaan berkenaan bukan sahaja menj@tuhkan maruah keluarganya, malah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab pihak yang menabur fitn@h tanpa usul periksa.

"Bolehkah anda sertakan bukti yang kukuh? Adakah dengan melihat perangai kami, anda terus menuduh kami semua sebagai pen@gih?" katanya yang turut menyifatkan tindakan individu terbabit sebagai biad@b dan berniat jah@t apabila turut mengaitkan ibunya dalam kenyataan berbaur fitn@h.

"Apabila hati s@kit dan tidak mendapat lelaki yang diingini, anda memilih untuk memfitn@h ibu serta keluarga saya pula? Jika mahu bertindak tidak bermaruah, jangan hanya berani di media sosial. Jika mahu berperangai sedemikian, jangan babitkan keluarga orang lain," tuturnya.
Dalam pada itu, pelakon yang pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2014 ini juga menegur sikap individu berkenaan yang disifatkannya sebagai hip0krit kerana menggunakan imej bertudung untuk menutup kelakuan sebenar.

"Anda memfitn@h keluarga kami dengan menggunakan profil bertudung, tetapi apabila bergaul dengan suami orang, semuanya dibuka pula. Jangan memalukan penyokong dan sahabat saya yang benar-benar bertudung dan memiliki akhlak baik," ujarnya.

Mengakhiri kenyataannya, Balqis turut berharap individu berkenaan berhenti menyebarkan fitn@h dan menjaga maruah diri serta keluarga masing-masing.

"Anda juga mempunyai ibu. Adakah ibu anda juga seperti anda? Melihat pada perangai anda pun sudah cukup untuk menilai. Jijik," katanya yang juga memuat naik tangkap layar beberapa gambar dan hantaran dari platf0rm media sosial milik individu yang menabur fitn@h terhadap keluarganya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: