30 October 2025

KONGSI FOTO SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN - PUTERI BALQIS MUAT NAIK LUAHAN ISI HATI IBU



Menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial semalam, pelakon Puteri Balqis, 18, telah berkongsi foto sekitar majlis pertunangannya bersama pilihan hatinya dikenali Didi, yang dipercayai berlangusng pada 12 Ogos lalu.

Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish yang pernah mengumumkan berita gembira itu pada awal bulan ini, turut menyertakan nukilan surat penuh makna daripada ibunya, Noraskhikin Mohd Aziz.

"Surat dari ibuku, Kafziel. 12 Ogos 2025. Andai cinta dan peng0rbanan, adalah wasiat terakhir buatmu. Maka berlarilah mengejarnya, belajarlah dari b£ban yang ditinggalkan oleh rantai waktu.

Klik untuk gambar besar

"Moga kau mampu menggantikan pengkhi@natan dengan kesetiaan, moga ukiran sejuta janji diganti seindah sarungan imaginasi. Andai kej@tuhan dan kegag@lan dalah warisan dariku maka peluklah, rawatlah kalbumu," tulisnya.

Dalam pada itu, ibu Aqish turut menitipkan doa dan harapan agar anaknya sentiasa kuat menghadapi perjalanan hidup yang penuh cab@ran.
"Moga setiap penantian diganti dengan kemenangan, tiada tolok tandingan. Moga setiap tangisan, raunganmu di sepertiga malam diganti dengan cinta paling dalam.

"Moga setiap luluh langkah bersaksi hanya langit dan bulan merah, setiap j@tuh, gugur tubuhmu berpaksi hanya bumi diganti dengan sahabat sejati sebagai teman penghuni," tambahnya.
Pada 15 Oktober lalu, Aqish tampil menjelaskan status dua jejaka yang sering dilihat bersamanya.

Jelas Aqish, lelaki yang dikenali sebagai Faris merupakan bapa tirinya, manakala lelaki bernama Didi adalah tunangnya.
Sebelum itu, ruangan komen di media sosial milik pelakon berkenaan dipenuhi pelbagai tuduhan, termasuk dakwaan kononnya dia dan ibunya menjalinkan hubungan terlar@ng sesama ahli keluarga.

Mengulas lebih lanjut, Balqis menyifatkan tuduhan tersebut sebagai k£jam terutama setelah apa yang dilaluinya selama ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: