25 October 2025

"KUMPULAN SENARIO RINDU NAK BUAT SITKOM MACAM DULU, ADA TAWARAN TAPI TIDAK MENEPATI KRITERIA" - SAIFUL APEK



Pelawak dan anggota Senario, Saiful Apek, 56, telah berkongsi mengenai perkembangan terbaru kumpulan itu, dimana ada pihak membuat sitkom untuk mereka, namun tidak bersetuju kerana tidak seperti dikehendaki.
"Kumpulan Senario rindu nak buat sitkom macam dulu, ada tawaran tapi tidak menepati kriteria. Kami memang harap sangat dapat buat sitkom macam kami pernah buat dulu, malah sampai sekarang kami masih menanti tawaran itu.

"Doakanlah kami dapat capai matlamat itu selagi kami semua (anggota Senario) masih sihat lagi," katanya yang turut memberitahu,undangan persembahan juga tidak putus diterima Senario ketika ini.

"Ada beberapa pihak yang merisik Senario untuk buat konsert selepas ini. Selain konsert, ada juga tawaran untuk Senario buat filem juga.

"Tapi sayangnya, difahamkan pengarah Aziz M Osman pula macam mahu bersara. Sebab itu, kami pun macam dilema nak buat pr0jek filem baru," ujar Apek atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: