Baru-baru ini, seorang pengguna Thr£ads telah memuat naik hantaran dimana dia bertanya siapa gerangan selebriti pilihan akan diundang untuk membuat persembahan pada majlis tersebut.
"Kalau majlis perkahwinan kalian nanti, kalian boleh pilih seorang artis untuk datang menyanyi siapa yang anda akan pilih?" tulisnya.
Namun apa yang menarik perhatian, pelakon Bella Astillah dilihat laju meninggalkan komen dimana dia memilih penyanyi dari Indonesia iaitu Afgan untuk membuat persembahan pada hari bahagia sekiranya dia bakal mendirikan rumah tangga.
Komen Bella itu membuatkan ramai peminat yang mendakwa penyanyi dan pelakon itu seolah-olah memberi bayangan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Klik untuk gambar besar
"Laju Bella. Tak lama lagi ke tu." - "Laju je jawab. Adakah ini hint," komen netizen
Selain itu, terdapat juga peminat yang mendoakan agar hubungan rapat Bella bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kekal ke jinjang pelamin.
Terdahulu, keakraban Bella dan ahli p0litik itu hangat diperkatakan ramai selepas mereka dilihat semakin intim sehingga menc£tuskan sp£kulasi percintaan.
Gandingan pasangan terbabit untuk beberapa pr0jek, selain hadir berdua di pelbagai majlis membuatkan nama Bella dan Syed Saddiq tular dalam media sosial.
Biarpun tidak memberi sebarang pengesahan tentang dakwaan bercinta, keluarga kedua-dua personaliti popular yang digelar BASS itu memberikan restu andai g0sip membabitkan mereka benar.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment