Menerusi satu kenyataan rasmi semalam, Black dan Eddie memaklumkan, mereka mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan Wings.
Selain itu, mereka turut berkata, tidak akan terlibat dalam Konsert Wings 40 Tahun Celebration yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur dan Singapura pada tahun ini.
"Kami, Azmi Hashim atau dikenali juga sebagai Black dan Samsaidi Long Idris atau dikenali Eddie, telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan Wings berkuat kuasa serta-merta iaitu pada hari ini (semalam), Rabu bertarikh 8 Oktober 2025.
Klik untuk gambar besar
Mengenai punca pengunduran daripada kumpulan terbabit, kedua-dua mereka tidak menjelaskan secara terperinci.
Susulan pengumuman dibuat Black (dram) dan Eddie (bass), Wings kini hanya dianggotai Awie (vokalis), Syam (gitar) dan Edrie (gitar).
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment