09 October 2025

SHARIFAH SAKINAH SIFATKAN LELAKI BARAT LEBIH MENGHARGAI, BERTANGGUNGJAWAB : "ADA LELAKI MELAYU SUKA WANITA BERKULIT PUTIH... UBAH WAJAH SEBAB NAK IKUT CITA RASA... KONONNYA CINTA M4TI, NAMUN MAIN DENGAN PEREMPUAN LAIN..."



"Saya bukan memilih tapi bergantung pada individu. Ada saja lelaki Eropah yang t£ruk sebab semuanya bermula dengan cara didikan ibu bapa. Bagi saya, untuk membesarkan anak lelaki perlu bermula dengan asuhan dan nilai yang betul.

"Lelaki yang saya jumpa, saya akan pilih berdasarkan bagaimana dia menjaga ibunya dan anak-anak. Umur saya ini dah 30-an dan saya akan berjumpa lelaki berstatus duda. Kalau dia pandai menjaga keluarga, itulah yang saya pilih.

"Cuma saya nampak lelaki bukan Melayu lebih bertanggungjawab dalam perhubungan. Saya bersama lelaki yang pernah berkahwin beberapa kali, tetapi masih mengamallan co-parenting.

"Itu semua hasil didikan ibu bapa yang menekankan nilai tanggungjawab sejak kecil," ujar pelakon Sharifah Sakinah dalam audio siar Sembang Ser@m, dimana dia berpendapat lelaki Eropah lebih bertanggungjawab dalam menjalinkan perhubungan berbanding sebahagian lelaki tempatan.

Kata Sakinah, sikap seseorang lelaki banyak dip£ngaruhi oleh didikan ibu bapa dan tidak dinilai mengikut bangsa atau latar belakang, selain menurutnya, lelaki Barat dibesarkan dalam suasana keluarga yang lebih terbuka, sekali gus membentuk pemahaman mendalam terhadap kesetiaan dan kejujuran.

Klik untuk gambar besar

"Seawal usia 14 tahun, ibu mereka sudah berani menegur hal-hal peribadi secara terbuka dan mengingatkan anak untuk menjaga pasangan dengan baik.

"Disebabkan itu kita nampak bila mereka setia pada seorang, itulah wanita terakhir dalam hidupnya. Bagi mereka, hubungan itu tentang keserasian, bukan rupa paras.

"Kadang ada lelaki Melayu suka wanita berkulit putih sampai ramai sanggup buat pelbagai rawatan kecantikan. Ada yang ubah wajah sebab nak ikut cita rasa lelaki terhadap makna sebenar kecantikan.

"Berbeza pula dengan lelaki Barat yang lebih menghargai wajah semula jadi saya. Mereka suka beri pujian kecil yang buat kita rasa dihargai," tuturnya yang turut berkata, lelaki Barat juga boleh dianggap lebih berfikir panjang apabila n£kad untuk mendirikan rumah tangga.
"Lelaki bukan Melayu lebih faham tentang akibat perbuatan sendiri kerana itu sudah diterapkan sejak kecil. Di Sweden, kalau lelaki main luar, bukan pel@cur yang kena tangk@p, tapi pelanggan. Tapi di Malaysia yang kena tangk@p adalah pel@cur.

"Malah kalau nak berkahwin mereka perlu meneliti beberapa dokumen dan fikir panjang sebab kalau bercerai banyak mas@lah yang bakal berlaku seperti pembahagian harta.

"Tapi lelaki Melayu kononnya cinta m@ti, namun selepas 10 tahun berkahwin, dia main dengan perempuan lain, padahal kita dah beranak untuk dia," katanya Sakinah yang kembali mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan jejaka Perancis dikenali Cyril Kongo pada tahun ini.

Untuk makluman, perkahwinan pertama Sakinah bersama Aliff Adha, dimana mereka berkahwin pada 2015, sebelum bercerai pada 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang kini berusia 8 tahun.

Perkahwinan kedua pula, Sakinah bertemu jodoh dengan lelaki asal Sweden bernama Michael hansen pada 2021 dan berakhir dengan perceraian dua tahun kemudian.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: