Takziah diucapkan buat keluarga Rohani Ujang, pelakon filem 'Senario The Movie' yang popular penghujung era 1990-an, atas pemergiannya yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun akib@t k0mplikasi pelbagai peny@kit, semalam.
Rohani atau Ani Senario yang dikenali dengan watak Wanita Per0gol Bersiri menerusi filem arahan Aziz M Osman ini,
"Memang ramai yang kenal mak. Sampai ke Thailand pun ada yang tegur. Arwah mak pernah cerita dekat saya," anak kepada Rohani iaitu Sulaiman Syah Zainal Abidin, 48.
Kata Sulaiman, ibunya yang banyak terbabit dengan sitk0m Senario dan turut membintangi filem 'Baginda', terlantar s@kit sejak 2018 disebabkan terj@tuh di dalam bilik air.
"Akib@tnya kaki mak pat@h sebelah kiri di bawah lutut dan saraf belakang kena 'slipped disc' buatkan mak agak sus@h untuk berjalan pada awalnya.
"Tapi setelah sembuh dari pat@h kaki, tak sangka bila mak berjalan, dia terasa makin s@kit di bahagian pinggang dan juga di tulang belakang.
"Sehinggalah arwah dibawa ke sebuah pusat perubatan untuk pemeriksaan lanjut, baru dapat k£san yang mak ada dua tempat bahagian sarat yang telah terhimp1t dengan tulang belakang," tuturnya.
Maklumnya lagi, doktor ada mencadangkan satu rawatan dengan mencucvk jarum ke saraf yang ters£pit, namun kosnya agak tinggi.
"Masa itu arwah kakak saya (meninggal dunia tahun lalu) tak kisah untuk buat tapi mak tak nak sebab agak mahal, selain peratus untuk sembuh 50:50. Jadi mak tak nak bazirkan duit.
"Kami terpaksa akur dengan keputusan mak buat. Tapi lama-kelamaan saraf yang terhimp1t itu makin t£ruk sehinggalah mak benar-benar s@kit.
"Mak terlantar dan terbaring selama tujuh tahun. Makan, minum, buang air semua diatas katil. Kalau mandi pun hanyalah sekali sekala saya dapat mandikan mak," katanya.
Dalam pada itu, Sulaiman juga menjelaskan, disebabkan ibunya itu tidak boleh terlalu banyak bergerak kerana menyebabkan kes@kitan pinggang dan tulang belakang.
"Tulang belakangnya jadi b0ngkok akib@t terlalu lama terbaring meny£nget. Jujur saya sebagai anak memang kasihan melihat mak 'struggl£' macam ini.
"Bayangkan selama tujuh tahun mak tak tengok dunia luar. Hanya terlantar s@kit sehingga saat menghembuskan nafas yang terakhir. Saya dan kakak sudah usahakan pelbagai rawatan namun tidak berhasil.
"Mungkin ini adalah ujian berat bagi mak. Saya sendiri pun rasa kagum dengan kekuatan serta semangat mak dalam menerima ujian Allah," jelasnya yang turut berkata, ibunya adalah seorang wanita yang benar-benar kuat semangat dan dia reda dengan pemergian ibunya.
Jenazah Rohani telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 semalam.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment