"Waktu usia 20 tahun merupakan tahun pertama saya diperkenalkan dalam industri oleh Datuk Rosyam Nor dan tahun pertama juga saya membawa nama sebagai Zulin Aziz.
"Awalnya saya belajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kemudian masuk pertandingan Pilih Kasih, kemudian umur 20 tahun saya kehilangan arwah bapa.
"Masa tu arwah ayah sedang tonton saya menyertai pr0gram Pilih Kasih, saya masuk sebab arwah ayah yang minta, jadi bila ayah sudah tiada maka tiadalah yang bantu beri saya duit pada ketika itu."
Demikian kata pelakon dan pengacara, Zulin Aziz atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, 36, yang berkongsi kisah perjalanannya sebelum bergelar anak seni, dimana ketika itu, dia terpaksa berdepan pengalaman menyedihkan apabila kehilangan bapa iaitu Abdul Aziz.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment