"Kami pun terp£ranjat waktu dia (Sabronzo) maklumkan nak kahwin, tapi sebagai rakan sekerja dan dia pun artis kami, jadi sudah tiba masanya untuk dia berumah tangga. Kami pun tumpang gembira."
Itulah jelas Pengarah Kanan A&R dan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng, dimana pihaknya sebagai pihak pengurusan turut tumpang gembira apabila artis naungannya yang juga anggota kumpulan Dolla, Sabronzo memaklumkan ingin berumah tangga.
Dalam pada itu, ditanya pihak sama ada pihak label menetapkan sebarang syarat berkaitan keputusan Sabronzo untuk berumah tangga, Hermond memaklumkan, pihak mereka tidak menetapkan apa-apa syarat.
Klik untuk gambar besar
"Tidak. Sabronzo tidak akan keluar dari Dolla sebab dia akan terus bersama kumpulan itu," katanya yang turut memberitahu, mereka belum ada sebarang perancangan ketika ditanya mengenai penambahan anggota kumpulan selepas Syasya menarik diri.
"Setakat ini, kami tak ada rancangan untuk tambah ahli kumpulan Dolla lagi. Kalau Sabronzo mengandung, kami memang ada pelan B," ujarnya.
Terdahulu, tular gambar resepsi perkahwinan Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli, dengan DJ Dash Berlin yang berlangsung di Bali, Indonesia.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment