"Paling penting saya nak beritahu disini saya tak cur@ng. Saya tak ada orang lain. Saya tak ada sesiapa pun. Saya hanya ada dia (Uqasha Senrose) dan anak saya sahaja, okay?"
Itulah kata pelakon Kamal Adli, 39, dimana dia men£gaskan punca ker£takan rumah tangganya bukan disebabkan orang ketiga mahupun berlaku cur@ng.
Selain itu, mengenai dakwaan pernah bertindak kas@r terhadap isterinya, pelakon Senrose Uqasha seperti yang tular di media sosial, Kamal tampil menafikan serta meminta bukti jika ianya benar.
"Itu dakwaan saja bukan? Tak payahlah. Buktikanlah kalau betul, tak perlu benda-benda macam tu. Itu hal dalam kain. Apa pun saya sayang dia, itu saja yang paling penting," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
"Kami dah lama tak berjumpa. Terus terang saya sangat merindui isteri saya. Lama kami dah tak berjumpa sejak dia meny£kat saya di telefon dan media sosial," tuturnya.
Sementara itu, ujar Kamal, dia sudah berusaha memujuk Uqasha serta mahu mempertah@nkan rumah tangga mereka, malah dia turut menghadiahkan sepasang telekung untuk memenangi semula hati isterinya.
"Saya ada bagi telekung kepada dia," jelas Kamal yang turut memberitahu, usahanya menemui jalan buntu apabila dia menerima surat daripada peguam isterinya mengarahkannya untuk tidak mengg@nggu atau hubungi pelakon wanita itu.
"Saya dapat surat mengatakan jangan g@nggu anak guam dia. Jadi saya hormat 'cooling period' itu. Kalau saya memang nak (berjumpa)," maklumnya.
Disamping itu, peguam yang mewakili Kamal iaitu Abdul Hadi Mohammad Salleh, berkata, pihaknya sudah menghantar surat memohon pertemuan antara kedua-dua pihak untuk selesaikan kem£lut rumah tangga.
Mengulas mengenai tarikh nikah pula, Kamal memilih untuk tidak memperbesarkan isu kek£liruan tarikh dan waktu pernikahannya dengan Uqasha yang kini menjadi perhatian ramai. Menurut peguam Kamal, perkara tersebut bersifat peribadi dan membabitkan urusan keluarga yang sepatutnya diselesaikan secara tertutup tanpa campur tangan pihak luar.
"Yang itu (isu tarikh nikah) saya tak mahu komen apa-apa sebab kami cuba selesaikan secara dalaman kerana ia membabitkan hal keluarga. "Setakat ini, kami sudah menghantar surat penjelasan kepada pihak peguam Uqasha bagi menerangkan situasi sebenar.
"Kami juga tidak berhasrat untuk berkongsi lebih lanjut dan berharap perkara ini tidak lagi diperbesarkan," katanya.
Selain itu, Kamal memilih memaafkan Uqasha dan tidak menyimpan sebarang perasaan mar@h terhadap kenyataan dibuat isterinya itu.
"Itu isteri saya. Walaupun kami tak berjumpa, tapi sebagai suami saya maafkan dia. Ada juga khil@f daripada pihak saya sebenarnya, jadi benda itu bukan sal@h dia semata-mata.
"Dia mungkin terk£jut. Ada hal yang perlu kami selesaikan bersama keluarga. Jadi saya minta maaf sekali lagi kepada semua pihak," ujarnya.
Pr0siding perceraian pasangan itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa ditangguhkan ke 19 November depan.
Keputusan itu dibuat Hakim syarie Siti Noraini Mohd Ali selepas peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini menarik diri daripada mengendalikan k£s berkenaan.
Terdahulu, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 33, memfailkan cerai terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu kerana tiada persefahaman.
Untuk makluman, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment