Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Sultan Pahang pada Selasa, pelakon Razak Ahmad, 58, telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Pahang
Dalam pada itu, Razak meluahkan rasa syukur dengan penganugerahan gelaran Datuk diterimanya, dimana dia meyifatkan ia satu amanah sebagai anak seni.
"Penganugerahan ini bukan sekadar satu pengiktirafan peribadi, tetapi juga satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh int£griti, tanggungjawab dan dedikasi.
"Saya menerima gelaran ini sebagai dorongan untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa, dan negara dengan lebih tekun dan ikhlas," kata Razak yang menulis perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Razak merupakan antara 50 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang yang berlangsung di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Selesa, malah beliau juga sal@h seorang daripada 19 penerima pingat sama dalam majlis berkenaan.
Disamping itu, beliau turut menzahirkan penghargaan buat orang sekeliling yang sentiasa menjadi penyokong terhadap perjalanan kerjaya seni.
Klik untuk gambar besar
"Semoga saya terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keikhlasan dalam memikul tanggungjawab ini dengan baik," luahnya.
Untuk info, Razak merupakan anak kelahiran Pahang dan beliau mula menceburi bidang seni sebagai pelakon dan penyanyi bermula 1985.
Beliau pernah membintangi filem seperti 'Embun', 'Senario Dalam Pemburu Emas Yamashita', 'Salam Cinta'. 'Suami Aku Ustaz', 'Keluarga Iskandar The Movie', 'Budak Flat', 'Mak' dan banyak lagi.
Manakala dalam drama pula, Razak pernah membintangi 'Gila-Gila Pengantin', 'Abadi Sebuah Cinta', 'Hikayat Putera Shazlan', 'Geng Surau', 'Keluarga Baha Don', 'Ayat-Ayat Halal', 'Teguh' dan banyak lagi.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment