28 October 2025

MAJLIS PERKAHWINAN DILABEL 'WEDDING OF THE YEAR' - FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN TAK MAHU LAYAN KOMEN NEG4TIF : "KAMI TAK BUAT JAH4T, TAK D£NGKI DENGAN ORANG LAIN"



Pasangan Fattah Amin dan Amira Othman telah diraikan sekali lagi dalam satu majlis persandingan yang diadakan dengan penuh meriah baru-baru ini di Pusat Konvensyen Melawati, Kuala Lumpur, sehingga ia dilabelkan sebagai 'wedding of the year'.

Bertambah meriah lagi apabila ada persembahan istimewa daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Aina Abdul serta penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Sementara itu, Fattah meluahkan rasa syukur apabila majlis persandingan yang dihadiri ahli keluarga dan teman terdekat berjalan lancar dan dipermudahkan.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Walaupun agak penat kerana majlis diadakan berturut-turut, tapi sebenarnya rasa lebih seronok daripada letih.

Klik untuk gambar besar

"Saya anggap semua ini rezeki, dikelilingi oleh orang yang baik-baik yang datang meraikan kami," tuturnya yang mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

Kata Fattah lagi, dia dan Amira bakal mengadakan sebuah lagi majlis resepsi bagi meraikan peminat yang tidak putus memberikan sokongan dan kasih sayang.

Dalam pada itu, ditanya pula mengenai perkahwinan mereka yang dilabel sebagai 'wedding of the year', Fattah mengakui, niat utama mengadakan empat majlis hanya untuk berikan yang terbaik buat keluarga dan tetamu.
"Kami gembira apabila orang cakap begitu. Sebenarnya kami hanya mahu berikan yang terbaik untuk keluarga dan tetamu yang hadir. Harap semua orang gembira," katanya.

Disamping itu, pasangan selebriti ini memilih untuk hidup tenang dan fokus kepada perkara p0sitif selepas selamat bergelar suami isteri pada 14 September lalu.

Ujar Amira, dia enggan melayan sebarang kata-kata neg@tif yang dil£mparkan segelintir pihak berhubung hubungan serta pernikahan mereka.
"Kami tak baca komen neg@tif di media sosial. Bagi saya, itu pendapat masing-masing dan tak semua orang akan suka. Apa yang penting, kami tak buat jah@t dengan sesiapa dan tak d£ngki dengan orang lain.

"Malah kami doakan supaya mereka yang tak gembira akan turut diberi kebahagiaan. Kami tak terlalu ambil pusing tentang komen luar, sebab kami hanya mahu hidup dengan aman dan damai.

"Hidup ini bukan untuk puaskan hati manusia. Kami ada urusan lain, dan kami ingin hidup tenang tanpa perlu melayan perkara yang tak perlu," ulasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: