27 October 2025

SAH BERTUNANG - ANAK CHE TA AKAN KAHWIN 26 JUN TAHUN DEPAN, WAJAH BAKAL ISTERI DIRAHSIAKAN ATAS PERMINTAAN KELUARGA SEBELAH SANA



"Rasa macam baru semalam saya melahirkan dia (Ammar Effendy) selepas men£mpuh hidup berumah tangga hingga bergelar ibu tunggal. Boleh kata, dia banyak melihat suka duk@ saya menjalani kehidupan.

"Menjadi anak sulung hingga bergelar abang kepada dua adiknya, dia umpama pelindung kepada saya. Kini, momen untuk dia pula memulakan kehidupan sendiri bergelar tunangan dan seterusnya diijab kabul bersama bakal isteri kelak.

"Insya-Allah, semoga segala yang dirancang akan dipermudahkan. Keluarga kedua-dua belah pihak juga sepakat untuk tidak membiarkan mereka terlalu lama dalam fasa pertunangan."

Itulah jelas pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, dimana dia memaklumkan, anak sulungnya iaitu Ammar Effendy Azuar Effendy, 29, selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihan hati yang berusia 26 tahun pada Sabtu lalu di Lantera Venue, Shah Alam, Selangor.

Kongsi Rozita atau mesra disapa Che Ta, majlis bertemakan warna pastel itu dianjurkan secara sederhana dan ringkas dengan dihadiri kira-kira 500 tetamu.

Dalam pada itu, tuturnya lagi, jika tiada aral melintang, Ammar dan bakal menantunya itu yang dikenali Auni Ikhwan akan disatukan pada 26 Jun tahun depan.

Klik untuk gambar besar

Menurut Che Ta, selepas anaknya meluahkan hasrat untuk bertunang, dia antara individu yang paling sibuk melakukan persiapan untuk majlis tersebut.

"Daripada urusan tempah pakaian, dulang pertunangan hingga ke lokasi majlis saya ambil tahu dan lunaskan apa yang perlu. Namun setiap input serta cadangan baik dari Ammar dan keluarga tunangnya tetap diutamakan.

"Permintaan keluarga sebelah sana juga dipenuhi termasuklah untuk tidak lagi berkongsi wajah tunangnya terlebih dahulu," tuturnya.

Disamping itu, Che Ta juga berkata, dia tidak pernah melarang ketika ditanya mengenai adakah Ammar akan terus menetap di rumah agamnya di Kota Damansara selepas mendirikan rumah tangga.

"Masih terlalu awal untuk cakap hal itu. Tapi saya dan suami okay sahaja kalau Ammar dan Auni nak menetap sekali di rumah selepas berkahwin. Kalau Ammar dan Auni okay, saya pun tak keberatan.
"Bertambah meriahlah nanti rumah itu. Macam sekarang adik lelaki saya yang kini bertugas sebagai pemandu peribadi pun tinggal bersama. Jujur saya terbuka hal ini.

"Lagipun Ammar dan Auni masih dalam fasa awal pekerjaan mereka. Tapi jika sebaliknya pun, saya hormati privasi mereka," ujarnya

Difahamkan, Ammar kini menyandang tugas sebagai pegawai di sebuah pr£mis bank, manakala Auni bekerja di sebuah syarikat dalam bidang pemasaran.

Untuk makluman, Che Ta pernah mendirikan rumah tangga dengan Azuar Effendy Zulkaply pada 1995 dan berpisah pada 2003. Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Pada 2013, Che Ta kembali mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan usahawan, Zain Saidin dan memiliki seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaisyah yang kini berusia 11 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: