"Sepanjang hidup saya dengan dia, tak pernah satu kali pun 'candlelight dinner' dengan dia. Jadi, mustahil. Ini bukan tahap pujuk lagi. Dia dah selalu memujuk, saya dah tak tahu macam mana nak bagi dia faham."
Demikian kata pelakon Linda Hashim, dimana dia men£gaskan sepanjang perkahwinan dia bersama suaminya iaitu pelakon Beego tidak pernah sekalipun keluar makan malam romantis.
Kata Linda, tiada lagi ruang untuk dipujuk susulan kenyataan Beego yang mahu membawanya 'candlelight dinner' untuk memujuknya, selain turut meminta agar suaminya itu menghormati keputusannya apatah lagi sudah berkali-kali dia memberi peluang kepada Beego.
"Saya tengah sabar sebenarnya, kalau dia masih tak faham bahasa, jangan sampai saya jadi gil@. Tolong hormat keputusan saya, saya dah bagi peluang.
"Ini adalah perceraian yang ketiga. Pertama dan kedua pun saya dah bagi peluang, minta maaf setahun 10,000 kali buat dan dah diberi peluang," ujarnya.
Dalam pada itu, Linda berkata, demi anak-anak mereka, dia akan mengekalkan hubungan baik dengan Beego dan mungkin boleh berkawan meskipun selepas berpisah.
"Saya bukan nak sangat bercerai, tapi saya rasa dah tak boleh dan rasa dia pun dah tidak boleh. Mungkin dia selesa dengan keadaan bersama saya selama ini.
"Saya nak dia tahu, saya masih lagi boleh terima dia sebagai sahabat ataupun bapa kepada anak-anak. Saya tidak akan buang, b£nci, ani@ya dia, cuma kita tiada pertalian suami isteri," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment