31 October 2025

NETIZEN NAMPAK 'BABY BUMP' - ISTERI SHUIB, WATIE DIDAKWA HAMIL LAGI SELEPAS DIUJI KEGUGURAN?



Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib, Watie Hanifiah, 36, didakwa kini sedang hamil lagi sekali selepas melalui detik duk@ akib@t keguguran beberapa bulan lalu.

Dakwaan itu timbul selepas beberapa netizen mendakwa melihat 'baby bump' pada bahagian perut Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menerusi video yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Dalam video yang dikongsikan, Watie dilihat sedang mencuci rambut anak tirinya, Dzahira Talita Zahra atau Thalita sambil berbual mesra.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen meninggalkan ucapan tahniah, selain mendoakan agar isteri Shuib itu sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Klik untuk gambar besar

"Dah nampak baby bump tu, semoga semuanya dipermudahkan sampai waktu bersalin nanti."

"Jaga diri dan kesihatan untuk kandungan, Watie ya."

"Saya pun nampak macam ada baby bump. Kalau betul, tahniah Watie dan Shuib," antara kome-komen yang ditulis netizen.

Bagaimanapun, Watie mahupun Shuib sehingga kini masih belum memberikan sebarang pengesahan mengenai dakwaan tersebut.
Pada 11 Mei lalu, Watie menerusi hantaran di media sosial telah berkongsi khabar duk@ apabila mengalami keguguran ketika hamil anak pertama mereka.

Dalam perkongsian itu, Watie meluahkan rasa sedih kehilangan cahaya mata yang digelar 'Bintang', malah mendedahkan dia sudah mendapat petanda mengenai perkara itu menerusi mimpi sebelum disahkan mengalami keguguran.

Untuk makluman, Watie mendirikan rumah tangga bersama dan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 41, pada 23 Jun 2023.

Shuib sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin dan dikurniakan empat cahaya mata, Uwais Al-Qarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: