31 October 2025

"SAYA MAHU JADI INSAN YANG LEBIH BAIK DALAM LINGKUNGAN YANG ADA SEKARANG" - ALIFF AZIZ AKUI BELUM TEMUI PENGGANTI, KINI BERADA DALAM FASA BAHAGIA



"Kalau nak tanya saya dah jumpa pengganti ke? Jawapannya belum. Tapi apa yang boleh saya katakan, sekarang berada dalam satu fasa yang membahagiakan.
"Saya rasa gembira dan ingin terus memperbaiki diri. Saya mahu menjadi insan yang lebih baik dalam lingkungan yang ada sekarang. Alhamdulillah, itu sahaja."

Demikian kata Aliff Aziz, 34, dimana penyanyi dan pelakon itu memberitahu, dia belum terfikir untuk bercari teman pengganti yang dapat menjadi peneman suka duk@ kehidupan selepas lebih setahun menggalas status duda.

Ujarnya lagi, dia enggan terlalu terbuka bercakap soal peribadi kerana bimb@ng setiap kenyataan akan disal@h tafsir, selain baginya, soal cinta bukanlah sesuatu yang menarik untuk diperkatakan kepada khalayak.

Dalam pada itu, Aliff berkata, tumpuannya kini lebih diberikan kepada diri sendiri selain orang sekeliling termasuk keluarga.

"Saya rasa soalan tu pun tak perlu dijawab panjang. Ramai di luar sana pun mungkin rasa benda ini bukan sesuatu yang penting untuk tahu.

"Saya jawab sebab kawan-kawan media bertanya, tapi pada masa sama saya tak nak menjawab benda yang akhirnya akan jadi buah cakap yang tak perlu. Macam itulah Insya-Allah.

"Ramai orang di luar sana mungkin akan kata macam 'Siapa nak ambil tahu pun?'. Tak mengapa," tuturnya yang pernah terpalit kontr0versi selepas dilaporkan di ditah@n penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara dengan pelakon Ruhainies pada 9 Mac 2024.

Untuk makluman, Aliff pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah pada 9 September 2016, sebelum bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka yang pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: