"Rupanya, pada tahun 2017, dia (Nubhan) pernah melafazkan cerai sekali, tetapi merujuk semula dalam tempoh yang singkat. Namun, perkara itu tidak pernah didaftarkan, termasuklah rujuk berkenaan.
"Dalam permohonan hari ini, dia memfailkan sekali dua lafaz talak, iaitu talak pertama (pada 2017) dan talak kedua (pada Ogos lalu).
"Jadi, hakim akan memutuskan sama ada ingin mendengar kedua-dua pengesahan sekaligus, atau menyelesaikan dahulu isu talak pertama dan rujuk itu, sebelum mendengar pengesahan talak kedua."
Demikian jelas peguam yang mewakili isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, dimana beliau memaklumkan, Nubhan selaku plaintif memohon pihak mahkamah untuk menyokong dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk.
Pagi hari ini, Nubhan atau nama sebenarnya, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, dan isterinya itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang, bagi proses memfailkan pengesahan talak yang dibuat dua kali, masing-masing pada 2017 dan Ogos lalu.
Klik untuk gambar besar
"Biasalah, apabila lafaz dibuat di luar mahkamah, punca sudah tidak relevan lagi. Mahkamah hanya akan meneliti sama ada lafaz cerai itu dibuat dengan niat, dalam keadaan waras, tanpa paksaan atau ugvtan.
"Secara asasnya, itu faktor utama yang akan dilihat oleh mahkamah. Jika dis@bitkan, maka j@tuhlah talak dua. Selepas ini, kita akan meneruskan dengan isu berkaitan anak, hak jagaan anak, harta sepencarian, dan lain-lain perkara yang berkenaan," katanya.
Selain itu, ditanya pula mengenai dakwaan pihak Nubhan pernah menghantar surat menawarkan perceraian kepada anak guamnya, Akberdin mengesahkan perkara itu.
"Memang ada dia menghantar surat kepada anak guam saya berkaitan isu-isu hak isteri selepas perceraian. Dia ada membuat tawaran, dan kami juga memberikan jawapan, namun perkara itu tidak diteruskan dan akhirnya senyap begitu sahaja. Itu berlaku sebelum Ogos," ujarnya.
Difahamkan, Nubhan dan Afifah hadir menaiki kenderaan berasingan, namun serentak memasuki pekarangan mahkamah.
Semalam, tular berita mengenai perceraian Nubhan dan isterinya itu yang didakwa melafazkan talak di dalam kereta pada Ogos lalu.
Untuk makluman, Nubhan dan Afifah yang juga seorang doktor gigi, mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; dan Afzan Nayille, 3 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment