Kira-kira jam 2.30 petang tadi, jenazah pelakon veteran, Charlie Nu'man Salleh, 71, telah pun selamat dikebumikan di Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Batu Caves.
Allahyarham Charlie yang pernah tampil dalam pelbagai drama dan telemovie dengan kali terakhir memegang watak Pak Tih dalam 'Takdir Itu Milik Aku' disiarkan di Astro Ria itu disahkan meninggal dunia di rumahnya di Sri Rampai, Wangsa Maju, semalam, akib@t kans£r usus tahap empat.
Pemergian pelakon veteran itu meninggalkan empat anak iaitu Nu'man Muda Al-Nu'man, 13; Nu'man Rayyan Al-Nu'man, 12; Nur Raudha Al-Nu'man, 11; Nu'man Muaz Al-Nu'man, 10; serta dua anak angkat, Nur Rania Affiya, 7; dan Nur Reesya Affiya Al-Nu'man, 5.
Sementara itu, adiknya, Yusry Saleh berkata, pihak keluarga menyerahkan nasib anak-anak abang sulungnya ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk hak penjagaan.
"JKM dah datang dan mereka pun tunggu keputusan daripada emak (bekas isteri) arwah abang. Jadi terserah kepada dia dalam perkara ini.
"Kita tak tahu lagi apa keputusannya. Itu hak dia untuk kepentingan masa depan anak-anaknya. Jadi kita tak boleh masuk campur dulu," tuturnya.
Allahyarham yang juga kerap membintangi iklan komersial itu pernah berkahwin sebanyak dua kali iaitu pada 1994 dan dikurniakan tiga anak yang kini menetap di Johor serta yang terbaru pada 2011 dan dikurniakan anak-anak sekarang.
Tambah Yusry yang juga adik bongsu itu lagi, dia dihubungi anak arwah abangnya yang memberitahu ayahnya s£sak nafas.
Klik untuk gambar besar
"Sabtu dua minggu lalu keadaannya okey. Boleh turun naik tangga lagi. Rumah dia tingkat empat, Wangsa Maju Seksyen 2. Turun naik tangga masih kuat lagi," jelasnya.
Selain itu, menurutnya, keadaan kesihatan abangnya agak okey sehinggalah dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu.
"Hari Jumaat itu baru doktor kata ada kans£r tahap empat. Kita baru tahu. Jadi lepas itu dia dah terlantar. Doktor kata semua dalaman dia dah r0sak. Jadi dia dibenarkan balik.
"Dari segi peribadi, dia abang yang baik kepada kami enam beradik. Dia baik dengan semua orang," kata Yusry.
"Saya bersyukur arwah abang dapat sokongan moral yang kuat dari kawan-kawan semasa rumahnya terbak@r. Begitu juga pada hari kem@tiannya, ramai datang beri penghormatan terakhir.
"Cuma saya mohonlah, kalau ada sal@h sil@p dengan dia, pihak keluarga mohon maaf bagi pihaknya," ujarnya yang turut berkata, abangnya tidak meninggalkan apa-apa pesanan atau wasiat semasa hayatnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment