16 October 2025

DEDAH HILANG TAWARAN KERJA LEPAS BERHIJAB - ELLY MAZLEIN PERCAYA REZEKI ALLAH : "INSYA-ALLAH, ALLAH AKAN GANTI YANG LEBIH INDAH & LEBIH BAIK UNTUK KITA"



"Ada yang tanya macam-macam lepas berhijrah, bagaimana dengan tawaran kerja. Saya faham kenapa soalan ini ditanya, semua orang ada komitmen dalam hidup. Jadi kita perlu kerja.

"Memang betul selepas penghijrahan ini ada k0ntrak yang tiba-tiba ditamatkan (tida ada kena mengena dengan radio Era). Mana yang sudah 'meeting' tiba-tiba ada yang tarik diri.

"Macam-macam dug@an selepas berhijab tapi saya percaya rezeki dari Allah dan datang dalam pelbagai cara. Sebaga manusia biasa memang ada perasaan ris@u, tapi apa yang saya boleh kongsi tak perlu rasa t@kut sebab ada saja rezeki nanti.'

Itulah kata penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang mengakui dia berdepan dug@an dalam kerjaya seninya selepas berhijrah dan tampil dengan imej berhijab.

Elly menerusi satu perkongsian video di media sosial mendedahkan, dia hilang tawaran kerja termasuk urusan yang sudah pun melakukan perbincangan tiba-tiba turut menarik diri, namun dia percaya dengan rezeki Allah.

Dalam pada itu, Elly berkata, dia percaya Allah akan gantikan rezeki tersebut dengan yang lain serta meminta untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Elly dalam masa sama turut mendoakan agar semua yang mengikuti perjalanan hidupnya diberikan kebaikan dan rezeki yang berpanjangan.

"Hilang dua, tiga empat 'job', Insya-Allah, Allah akan ganti yang lebih indah dan lebih baik untuk kita. Kalau Allah kata itu rezeki kita, rezeki kita lah.

Klik untuk gambar besar

"Saya berharap terus dapat sokongan daripada peminat, doakan yang terbaik untuk saya. Saya pun akan doakan yang baik-baik buat anda semua.

"Semoga kita murah rezeki, dipanjangkan umur, disayangi dan dikelilingi orang yang baik-baik. Itu juga antara rezeki. Insya-Allah kita buat saja, selebihnya serah kepada Allah," ujarnya.

Disamping itu, Elly juga memaklumkan, dia tidak mahu timbul kekeliruan dalam kalangan peminat berhubung penampilannya yang kini sudah bertudung.

"Saya buat video ini sebab rasa terpanggil. Sekarang ini ramai mendoakan yang baik-baik buat saya. Saya percaya selepas ini akan ada keluar video-video yang mana kita sudah sh00ting ketika saya masih tidak bertudung.

"Jadi saya tidak mahu ada yang keliru memikirkan saya ini pakai tudung atau tidak, kejap pakai kejap tidak. Sebelum perkara ini berlaku, lebih baik saya beritahu sekarang.

"Benda dah lama sh00ting, tambah pula melibatkan ramai artis jadi ada beberapa faktor menyebabkan video tersebut harus disiarkan. Saya harap supaya tidak berlaku kekeliruan," tuturnya.

Pada 4 Oktober lalu, Elly tampil berhijab di pentas akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam, Selangor.

Elly bagaimanapun men£gaskan, dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai keputusannya itu, namun berharap agar semua pihak dapat mendoakan terbaik buat dirinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: