28 October 2025

PERTAMA KALI BAWA WATAK LAIN SELAIN KOMEDI - SATHIYA CUBA JADI S£RIUS, KALI INI 'P0TONG' ORANG PULA : "KALAU PENONTON TAK SUKA, TANDANYA SAYA BERJAYA DENGAN WATAK INI"



"Watak saya mulanya orang baik, jaga satu kampung, namun selepas berlaku satu peristiwa membuatkan saya bertukar watak jadi jah@t dan s£rius, 'p0tong' orang.
"Tiada mas@lah apabila diajak berlakon. Sh00ting pada tahun lepas. Ini memang s£rius, unsur lawak memang tak ada dan saya hanya cuba buat yang terbaik.

"Bukan saya buat s£rius, pengarah suruh saya buat. Saya ikut apa dia cakap. Saya hanya boleh berlakon komedi, tapi saya ikut saja apa dia cakap dan dia pun gembira."

Demikian ujar pelawak dan pelakon, Sathiya, 61, dimana buat pertama kali dalam kariernya, dia tampil membawakan watak s£rius dan bukan lagi komedi yang sinonim dengannya.

Kata Sathiya atau nama sebenarnya, Sathia Periasamy, karakter terbabit akan dapat disaksikan menerusi filem Tamil terbaru lakonannya berjudul 'Irudhi Strike' arahan Saresh D7 yang akan ditayangkan di pawagam bermula 30 Oktober ini.

Ulasnya lagi, melihat kepada poster filem ini, wataknya memang berbeza berbanding watak komedi yang ditampilkan dalam sitkom popular 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'.

"Sh00ting selama 40 hari di pelbagai lokasi. Saya ikut sahaja mana mereka bawa... seronok kerana mereka layan saya dengan baik.

" 'Abang' tengoklah saya boleh berlakonkah atau tidak watak jah@t dan beritahu saya. Peminat pula jangan t@kut dengan karakter gan@s saya kerana ia hanya lakonan.

"Saya berlakon komedi saja boleh, tapi kalau penonton tak suka saya lepas tengok filem ini, tandanya saya berjaya dengan watak ini. Saya senang 'happy happy' saja. Janji semua orang happy," tuturnya.

Sementara itu, Sathiya turut mengulas mengenai kaki palsu pula, dimana dia perlu menunggu selama lima bulan untuk mendapatkannya.

"Semua sudah ukur. Tunggu (luk@) kaki kering baru pasang, terus pasang. Ini sumbangan Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT). Terima kasih Datuk DJ Dave (Presiden YKAT).

"Dapat nanti okaylah, boleh kerja baliklah. Banyak kerja ada yang saya kena buat," katanya.

Terdahulu, Sathiya selamat menjalani pemb£dahan mem0tong kaki kiri akib@t k£ncing manis di Hospital Ampang pada 19 September lalu.

Tahun lalu, Sathiya pernah dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akib@t s£rangan angin ahmar yang membuatkan pergerakannya terbat@s.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: