"Saya datang dengan niat baik. Sudah tentu saya nak selamatkan rumah tangga sebab itu tanggungjawab saya. Hari itu saya tak dapat hadir sebab ada urusan kerja, tapi hari ini saya datang untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Insya-Allah, doakan yang baik-baik."
Itulah kata pelakon Kamal Adli, 39, ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Selasa bagi menghadiri pr0siding kes perceraian dengan isterinya, pelakon Uqasha Senrose.
Kamal atau nama penuhnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, tiba di perkarangan mahkamah sekitar 9.45 pagi ditemani peguamnya, Abdul Hadi Mohammad Salleh serta beberapa rakan rapat.
Jelas bapa kepada seorang cahaya mata itu, kehadirannya ke mahkamah adalah atas niat baik untuk menyelamatkan rumah tangga yang sedang berg0lak.
Klik untuk gambar besar
"Sekarang saya hanya berhubung melalui peguam sahaja. Ada 'r0adbl0ck' atau s£katan yang dibuat terhadap saya sejak 27 September lalu.
"Terus terang, saya gem£ntar sebab tak pernah sampai ke tempat macam ini (mahkamah rendah syariah). Benda ini tak seronok dan saya tak gembira pun sampai ke sini," ujarnya.
Difahamkan, pr0siding hari ini merupakan sebutan kedua k£s perceraian pasangan berkenaan selepas ditangguhkan pada 22 Oktober lalu.
Sebelum ini, kisah rumah tangga Uqasha dan Kamal menjadi perhatian ramai apabila pelakon wanita yang berusia 33 tahun itu memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.
Pada pr0siding terdahulu, Uqasha memberitahu kepada media, punca dia mengambil keputusan untuk berpisah adalah kerana sudah hilang sabar dan tiada persefahaman.
Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment