28 October 2025

TUNAI JANJI NYANYI DI MAJLIS KAHWIN AMIRA OTHMAN - SITI NURHALIZA TITIP PESAN BUAT FATTAH AMIN JAGA ISTERI BAIK-BAIK : "AMIRA SEORANG WANITA SOLEHAH..."



"Yang kita raikan, adik saya, Amira dan suami, Fattah, kita doakan semoga bahagia hingga ke alam syurga. Ini sebenarnya memang betul-betul kejutan. Saya dan Cakra hadir untuk meraikan kedua-dua mempelai.

"Dan sebenarnya, saya berjanji dengan Amira. Waktu itu, saya tak tahu siapa lagi pasangan Amira. Saya cakap, 'bila Amira naik pelamin, Mak Iti akan nyanyi untuk Amira' dan akhirnya malam ini (kelmarin) jadi kenyataan.

"Saya tumpang bahagia dan gembira dengan kebahagiaan Amira dan Fattah," tutur biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dimana dia melunaskan janji kepada Amira Othman apabila tampil menyanyikan dua lagu pada majlis resepsi penyanyi itu bersama pelakon Fattah Amin, kelmarin.

Siti Nurhaliza yang tampil membuat persembahan bersama penyanyi Indonesia, Cakra Khan menerusi lagu 'Seluruh Cinta' di majlis resepsi, turut mendoakan kesejahteraan perkahwinan pasangan itu.

Pada majlis resepsi tersebut, Siti Nurhaliza juga mempersembahkan lagu solonya, 'Bukan Cinta Biasa' sebagai hadiah buat kedua-dua mempelai.

Klik untuk gambar besar

Selain Siti Nurhaliza, antara penyanyi lain yang turut membuat persembahan termasuk Wany Hasrita, Irfan Haris, Aina Abdul, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini.

Disamping itu, Siti Nurhaliza juga menitipkan pesanan buat Fattah untuk menjaga Amira dengan baik serta mengatakan isterinya itu seorang wanita solehah.

"Pesanan Kak Iti, Fattah jaga Amira baik-baik. Amira seorang wanita solehah, Insya-Allah dia akan menjadi isteri yang solehah.

"Kita sama-sama doakan dan semoga Fattah menjadi pemimpin yang baik dan imam yang baik kepada Amira," katanya menerusi klip siaran langsung di media sosial.

Mendengar pesanan daripada Siti Nurhaliza itu, Fattah yang mempunyai seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, dilihat mengaminkan doa berkenaan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: