"Ya, memang tidak dinafikan (karier semakin suram). Selepas berkahwin ini, saya sibuk dengan kehidupan (peribadi). Saya pun sendiri ambil masa untuk kehidupan baru ini.
"Kini saya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar, tetapi doakan untuk pr0jek baru saya yang akan keluar pada tahun depan."
Itulah ujar penyanyi Sarah Suhairi, 25, yang mengakui kariernya sedikit perlahan selepas mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.
Dalam pada itu, kata Sarah lagi, keadaan itu berpunca daripada kesibukannya menguruskan kehidupan baharu sebagai isteri dan ibu kepada tiga anak tiri.
Disamping itu, Sarah turut memaklumkan, dia masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata sulung ketika ditanya mengenai perancangan keluarga.
"Setakat ini belum lagi (dalam masa terdekat). Saya belum bersedia lagi untuk menimang cahaya mata. Namun, kalau ada rezeki, kami terima dengan hati yang terbuka," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment