23 October 2025

29 TAHUN BERGELAR IBU TUNGGAL - NORALBANIAH AKUI BELUM TEMUI JODOH YANG TEPAT : "SAYA BANYAK JUMPA LELAKI TAK JUJUR... BARU JUMPA SUDAH PEGANG TANGAN..." - NORALBANIAH



"Tipulah tak pernah jumpa (kenal-kenal). Tak jumpa lagi orang yang baik. Saya banyak jumpa lelaki tak jujur. Misalnya baru jumpa sudah pegang tangan, jangan ambil kes£mpatan.
"Saya okay saja tapi kena orang yang baik dan jujur. Sebab saya ini bukan bercerai, suami saya sudah meninggal lama. Kalau nak kahwin (dengan saya), jujurlah jaga saya. Saya t@kut orang tak boleh jaga saya, itu saja."

Demikian jelas pelakon Noralbaniah, 55, dimana dia mengakui belum bertemu calon yang tepat untuk dirinya, walaupun terbuka menerima jodoh baharu selepas 29 tahun bergelar ibu tunggal.

Kata Noralbaniah, suk@r mencari yang terbaik dan memiliki ciri paling penting iaitu kejujuran, meskipun dia ada berjumpa serta berkenalan dengan banyak lelaki.

Disamping itu, Noralbaniah yang tidak menafikan wujud perasaan untuk berumah tangga, memberitahu, ada yang cuba mendekati terutama rakan-rakan arwah suaminya, tetapi bukan dalam kalangan artis.

"Saya cuma rasa hidup berumah tangga selama dua tahun. Sebelumnya ada juga kawan-kawan suami yang cuba dekat. Yang jujur ada dan tidak ketinggalan kurang jujur pun ada juga.

"Tapi itulah, tak ada pula kawan-kawan artis nak pikat. Mungkin ada yang cuba 'tackle' tapi saya ini yang tak reti bahasa," ujar pemilik nama sebenar, Nor Albaniah Raffie, ini.

Dalam pada itu, Noralbaniah turut berkongsi bagaimana meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal selama hampir tiga dekad, dimana katanya, ia bukan mudah, tetapi dia bersyukur kerana keluarga tersayang memberi sokongan kuat.

"Dulu selepas kemal@ngan t£ruk, saya ambil masa lama untuk pulih. Banyak masuk kelas termasuk mengusahakan perniagaan untuk membesarkan anak.

"Jadi, bila sudah kembali pulih, saya ambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur dan menjalani penggambaran. Begitulah yang saya lalui sejak peristiwa kemal@ngan itu, jadi memang perlu banyak bersabar.

"Selain itu, adik-beradik banyak bantu sebab saya paling bongsu. Kadang-kadang bantu ini tidak hanya dengan duit, tapi kita perlukan sokongan," tuturnya.

Untuk makluman, Noralbaniah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta iaitu Sudarman Daud pada 1994 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Syarra.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak panjang apabila Sudarman meninggal dunia pada 1996 akib@t nah@s jalan raya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: