23 October 2025

"SUDAH BAHAGIAN SAYA BEGINI, SETIAP MANUSIA TIDAK AKAN HENTI DIUJI" - UQASHA SENROSE AKUI ANAK ADALAH SEBAB DIA BERTAH4N SELAMA SETAHUN



"Bersabar untuk anak? Ya kerana anaklah saya bertah@n selama setahun. Kenapa (failkan cerai) sekarang? Dah terlalu masak dan terlamp@u masak, terserah kepada kalian (netizen). Kerana saya tidak pernah cakap nak buka a1b sesiapa."

Itulah kata pelakon Uqasha Senrose, 33, yang meluahkan perkara tersebut bagi menjawab pertanyaan pengikut ketika mengadakan sesi siaran langsung di media sosial.

Menerusi luahan itu, Uqasaha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, memberi bayangan rumah tangga bersama pelakon Kamal Adli sudah lama berdepan mas@lah.

Jelasnya lagi, disebabkan anak mereka Hawra Uqaira, dia sudah cuba mempertah@nkan perkahwinan sejak setahun lalu dan dalam tempoh perkahwian itu juga, dia sudah cukup memahami situasi yang berlaku sehingga dia membuat keputusan memfailkan perceraian.

Klik untuk gambar besar

Uqasha dalam masa sama turut menganggap kem£lut yang berlaku sebagai dug@an yang perlu dihadapi, malah apabila ditanya tentang dirinya, pelakon itu memberitahu, dia menangis selepas pulang dari mahkamah pada Rabu.

"Mata layu sebab saya menangis. Baru balik mahkamah tadi. Ini dug@an untuk saya. Sudah bahagian saya begini, setiap manusia tidak akan henti diuji," luahnya.

Terdahulu, Uqasha hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu bagi mengikuti pr0siding sebutan cerai kali pertama selepas memfailkan permohonan pada 1 Oktober lalu.
Rumah tangga Kamal dan Uqasha sebelum ini menjadi bualan ramai susulan mereka sudah tidak saling mengikuti di media sosial.

Untuk makluman, Uqasha mendirikan rumah tangga dengan Kamal pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: