"Nubhan tak maklum sudah ceraikan saya kepada keluarga, malah ayah akui mereka lama tak berhubung. Saya tetap hormati dia. Sebenarnya saya tak perlu bal@s apa-apa tetapi apabila nama ayah saya disebut-sebut, saya kena beritahu perkara sebenar.
"Walaupun ayah saya tak campur urusan rumah tangga kami, hal besar seperti ini (perceraian) kena maklumkan kepadanya. Memang dia tidak beritahu walaupun selepas talak dilafazkan mahupun ketika nak naik mahkamah.
"Makcik saya yang maklumkan perkara ini di grup WhatsSpp famili, barulah ayah dan ibu saya tahu. Mereka terk£jut," jelas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah, dimana dia menafikan suaminya itu ada berbincang dengan kedua ibu bapanya berkenaan kem£lut rumah tangga mereka.
Kata Dr Afifah, Nubhan juga tidak memaklumkan kepada keluarganya bahawa dia sudah menceraikannya dan hal perkahwinan mereka terus dibawa ke mahkamah seperti yang diinginkan Nubhan.
Selain itu, Afifah turut menafikan dakwaan suaminya bahawa mereka sudah berjumpa dengan pakar kaunseling untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.
"Seingat saya, kami tidak berjumpa dengan mana-mana pakar kaunseling rumah tangga, namun ada bertemu seorang ustaz yang juga kenalannya. Tidak mengapalah, kalau dia cakap begitu.
"Sepanjang perkahwinan saya jalankan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak sebaik mungkin. Saya juga mencari pendapatan tambahan agar tidak dikata terlalu bergantung kepada suami," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment