29 October 2025

TAMPIL BERTUDUNG - KAK KM AKUI PERNAH TERDETIK NIAT KE ARAH ITU, CUMA TAK PANDAI NAK PAKAI SENDIRI : "TAKKAN SETIAP KALI NAK PAKAI NAK MINTA ORANG AJAR? NANTI MEREKA MENYAMP4H PULA"



"Tidak dinafikan ramai yang menonton saya memakai tudung ketika sesi siaran langsung iaitu hampir 10k penonton. Mereka semua mendoakan untuk saya beristiqamah dalam pemakaian tudung.
"Mereka kata, 'kalau boleh pakailah terus, cantik dan nampak muda.' Netizen semuanya bagus sebab banyak bagi semangat pada saya. Saya pun seronok sebenarnya apabila melihat pujian-pujian itu.

"Saya kurang pandai nak pakai tudung sendiri, takkan setiap kali nak pakai nak minta orang ajar? Nanti mereka menyamp@h pula. Tetapi tipulah kalau saya kata saya tak pernah ada niat (untuk bertudung).

"Memang pernah ada niat cuma kurang pandai nak pakai. InsyaAllah perlahan-lahan saya belajar dan perlahan-perlahan saya akan berubah."

Demikian kata usahawan sens@si, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli, dimana dia mengulas mengenai penampilannya yang bertudung baru-baru ini sehingga menjadi perhatian ramai.

Ujar Kak KM, ramai yang memuji penampilannya itu dan pujian tersebut memberikannya semangat, apatah lagi ramai yang turut mendoakan agar dia dibukakan hati untuk menutup aurat.

Akui ibu kepada empat cahaya mata ini lagi, dia pernah terdetik niat untuk bertudung dan dia akan cuba belajar serta perlahan-lahan untuk berbaiki diri ke arah lebih baik.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: