"Hanya pada Allah sahaja aku berserah. Maafkan Linda jika tidak dapat nak sertai Elite lagi. Sedih sangat, nak tulis pun tak boleh. Moga Allah kuatkan Linda dalam apa jua keadaan."
Itulah jelas penyanyi Linda Rafar, 47, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Thr£ads miliknya pada Rabu, dimana dia mengumumkan menarik diri daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan Elite.
Kata Linda atau nama sebenarnya, Azlinda Abdul Rafar, dia reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan, meskipun keputusan itu dibuat dengan penuh rasa sedih.
Klik untuk gambar besar
Melihat pada perkongsian tersebut, Azza turut memberitahu Elite tidak akan digantikan dengan anggota baharu kerana mereka adalah ahli yang membentuk kejayaan kumpulan tersebut.
Bukan itu sahaja, malah terdapat juga perbualan berkaitan penglibatannya dalam konsert GenKRU The Finale yang akan berlangsung pada 22 November ini.
"Elite takkan aku ganti dengan orang lain. Elite adalah kita. Aku nak kau tahu itu," ujarnya.
Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan kenyataan lanjut daripada Linda tidak berjaya selepas dipercayai mempunyai urusan penting yang perlu diutamakan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment