02 October 2025

TAHNIAH - ANNA JOBLING JULANG TROFI DI SEOUL : "KEBANGGAAN BERSAMA, HADIAH ISTIMEWA YANG SAYA BAWA PULANG UNTUK MALAYSIA"



"Saya benar-benar terharu dan amat bersyukur atas pengiktirafan ini. Terima kasih Seoul International Drama Awards kerana membuka ruang untuk Malaysia bersinar di pentas antarabangsa.

"Kemenangan ini sangat bermakna kerana ia bukan sahaja untuk diri saya, tetapi untuk seluruh peminat, keluarga, serta pasukan pr0duksi yang tidak pernah berhenti menyokong saya."

Demikian tutur pelakon Anna Jobling, 25, selepas dinobatkan pemenang trofi Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards 2025 (SDA) yang berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Mencipta kejayaan itu menerusi drama 'Hai Cinta, Dengarkanlah!', Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, telah mendedikasikan trofi terbabit kepada ramai pihak.

Disamping itu, Anna juga tidak lupa menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Tonton dan TV3 kerana sentiasa menjadi sebahagian daripada perjalanan seninya.

"Trofi ini adalah kebanggaan bersama, hadiah istimewa yang saya bawa pulang untuk Malaysia," ujarnya yang bukan sahaja memikat hati penonton Malaysia, malah menarik perhatian peminat antarabangsa, sekali gus membuka lembaran baharu mengorak langkah ke peringkat luar.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Anna berkata, sebagai bintang muda yang sedang bersinar, dia berazam untuk menjadi inspirasi kepada generasi baharu pelakon Malaysia agar berani bermimpi besar dan melangkah lebih jauh.

Kemenangan ini bukan sekadar pengiktirafan peribadi, tetapi juga satu simbol bahawa dunia seni lakonan Malaysia semakin mendapat tempat di mata gl0bal.

Anna yang kini mencipta nama di negara seberang iaitu Indonesia, kini berdiri megah sebagai sal@h seorang ikon hiburan Malaysia yang mampu mengangkat nama negara di pentas dunia.

Untuk info, SDA adalah acara berprestij mengiktiraf anak-anak seni dari pelbagai negara yang berjaya dalam kerjaya mereka. Acara terbabit turut disiarkan secara langsung menerusi saluran SBS TV.

Tonton turut meraikan kemenangan bersejarah Anna itu dengan melancarkan kod promo eksklusif "ANNAJOBLING" yang membolehkan peminat menikmati langganan tiga bulan Tonton pada harga istimewa RM20 bermula 25 September lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: