27 November 2025

"ADA SESEORANG YANG BERHUT4NG BESAR DENGAN SAYA DI AKHIRAT NANTI... BERJUANG SENDIRIAN" - LUFYA OMAR LEPASKAN TANGGUNGJAWAB BEKAS SUAMI, TARIK BALIK TUNTUTAN NAFKAH ANAK



"Saya tarik diri daripada tuntutan nafkah anak kerana terlalu memalukan untuk terus berg@duh tentang perkara itu. Fikirkan sedalamnya ketika awak berkata tidak mampu dan sanggup 'berp£rang' dengan saya habis-habisan.

"Tidak mengapa, saya sudah cukup bahagia untuk melepaskan awak daripada tanggungjawab itu. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada seseorang yang berhut@ng besar dengan saya di akhirat nanti.

"Semoga ibu ini masuk syurga, Laana Haura, kerana berjuang sendiri," itulah tulis pelakon dan penyanyi, Lufya Omar, 40, dimana dia mengambil keputusan untuk menarik semula tuntutan nafkah anak yang pernah difailkan terhadap bekas suaminya, Dr Che Hafiz.

Klik untuk gambar besar

Perkembangan tersebut dikongsikan Lufya atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar, menerusi satu hantaran di media sosial, yang turut memaparkan dirinya bersama peguam di hadapan mahkamah pada Rabu.

Jelas Lufya, keputusan itu dibuat kerana enggan terus memanjangkan isu berkenaan yang dirasakan tidak menemui jalan penyelesaian serta mempertimbangkan kata-kata dan sikap yang ditunjukkan bekas suaminya sepanjang pr0ses tuntutan berlangsung.

Lufya dalam masa sama turut mengakui, dia sudah penat berjuang sendirian sehingga memilih untuk melepaskan terus tanggungjawab itu daripada bekas suaminya.
Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Lufya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan ketika dihubungi memaklumkan, permohonan anak guamnya itu telah diterima mahkamah tanpa sebarang halangan.

Keputusan menarik semula permohonan tersebut dibuat pada 23 Jun lalu.

"Mahkamah membenarkan permohonan Lufya untuk menarik balik tuntutan nafkah anak terhadap bekas suaminya," katanya.
Untuk makluman, Lufya dan Dr. Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016, sebelum bercerai pada 17 Jun 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura, kini berusia tujuh tahun.

Selepas tiga tahun bergelar duda, Dr Che Hafiz kembali bernikah dengan pelakon Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: