27 November 2025

"ANAK-ANAK NAK TENGOK ABAH MEREKA MENYANYI..." - DR AFIFAH AKUI TENGOK GV12 YANG DISERTAI SUAMINYA, NUBHAN



"T1pulah kalau kata saya tak tengok. Anak-anak nak tengok abah mereka menyanyi, jadi bagi saya tidak menjadi mas@lah. Lagipun, saya sendiri memang peminat Akademi Fantasia sejak zaman sekolah dulu."

Demikian ujar Dr Afifah Hidayah, dimana dia mengakui menonton pr0gram Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang disertai oleh suaminya, penyanyi Nubhan kerana anak-anak mahu melihat bapa mereka menyanyi.

Sebelum ini, Dr Afifah atau Dr Fie memerlukan masa untuk 'move on' kerana baginya tidak mudah, apatah lagi selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar

Dr Fie dalam masa sama turut meminta untuk memberikannya masa kerana apa saja keputusan dibuat akan dinilai oleh netizen sama ada p0sitif atau neg@tif.

"Bercakap tentang 'move on', nanti kalau saya 'move on' cepat sangat pun salah dan sebaliknya. Jadi saya mohon berikan saya masa.
"Saya dan Nubhan bermula sebagai kawan, jadi memang ambil masa untuk sesuaikan diri," katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menyerahkan hak penjagaan penuh ketiga orang anak kepada Dr. Fie dengan Nubhan diberikan hak lawatan dua kali sebulan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: