27 November 2025

SIAR IKLAN CARI BEKAS SUAMI - RAJA AZURA IKUT PERINTAH MAHKAMAH, MINTA HADIR BERI PENGAKUAN TUNTUTAN NAFKAH



"Sebelum ini, penyerahan afidavit tidak berjaya selepas dia (bekas suami) tidak mahu memberi maklum bal@s, jadi saya terpaksa memohon penyampaian ganti. Iklan itu sudah pun disiarkan pada Rabu dan saya berharap dia dapat hadir serta menjelaskan kepada mahkamah mengenai nafkah anak-anak."

Itulah kata pengacara Raja Azura, 53, dimana dia terus berusaha menjejaki bekas suami apabila mengambil pendekatan dengan menyiarkan iklan pencarian di akhbar bagi menyelesaikan tuntutan nafkah tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Jelas Raja Azura atau nama penuhnya, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, langkah itu diambil selepas bekas suaminya, Adzmin Osman, menolak untuk memberi sebarang kerjasama secara baik terhadap penyerahan dokumen sebelum ini.

Menurutnya lagi, penyiaran iklan tersebut adalah perintah mahkamah bagi memastikan Adzmin dimaklumkan tentang tarikh sebutan k£s meskipun tidak dapat dihubungi.

Klik untuk gambar besar

Difahamkan, mahkamah menetapkan 3 Disember sebagai tarikh kehadiran Adzmin bagi pr0siding tersebut.

"Bila iklan dah keluar, barulah saya boleh beritahu umum kerana itu perintah mahkamah. Saya harap dia hadir dan selesaikan apa yang perlu. Dia kena datang sendiri dan membuat pengakuan tentang hut@ng nafkah yang tertungg@k sebelum k£s boleh diteruskan," jelasnya.

Selain itu, Raja Azura dalam masa sama turut memaklumkan, dia tidak berniat merayu, sebaliknya hanya mahu isu nafkah tiga anak mereka diselesaikan segera, malah sehingga kini, dia juga tidak pasti tentang keberadaan bekas suaminya itu.
"Saya bukan merayu... tidak. Saya cuma mahu dia hadir. Saya pun tak tahu dia di mana, dan kalau saya cari sendiri, nanti jadi g@duh. Saya nak cara yang damai dan tenang. Kami pun dah berumur, takut nanti terkejut sakit jantung," ujarnya.

Untuk makluman, Raja Azura dan Adzmin yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Osman Aroff, mendirikan rumah tangga pada tahun 2001, sebelum bercerai pada 28 September 2010.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq Adzmin, 23; Megat Luqman Hakim Adzmin, 22; dan Puteri Mia Maizura Adzmin, 20 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: