10 November 2025

AKUI ANAK DAH LALI TANPA KEHADIRAN BAPA - LINDA HASHIM KATA BEEGO ASYIK BERI ALASAN SIBUK KERJA, BANYAK KALI TERLEPAS ACARA PENTING



"Dia ada minta maaf kepada saya dan Anggun selepas itu. Dia kata ada kerja sebab itu tak dapat datang. Tapi saya harap bab anak ini kena sama-sama ambil berat dan kerjasama sebab benda ini sudah beritahu daripada awal.

"Mula-mula dia kata okay dan ada masa. Anak pun tahu ayah dia akan datang," demikian jelas pelakon Linda Hashim, 41, dimana dia memberitahu suaminya, pelakon Beego sudah memohon maaf selepas tidak dapat hadir ke acara penting anak keduanya, Anggun Cassandra yang menyertai International Choir Festival.

Kata Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, Beego sering menggunakan alasan kerja hingga tidak dapat menghadirkan diri ke pertandingan anak keduanya itu.

Dalam pada itu, Linda memberitahu, Anggun juga seakan-akan sudah terbiasa dengan ketiadaan bapanya, memandangkan Beego dikatakan sudah beberapa kali terlepas acara penting.

"Anggun sudah biasa sebab selama ini ambil apa-apa anugerah ayah dia tiada. Cumanya dia ada tanya ayah datang ke? Biasalah pertandingan mestilah nak ibu bapa datang tapi dia sudah biasa bila saya cakap ayahnya tak dapat datang," luahnya.

Klik untuk gambar besar

Tutur Linda lagi, walaupun tanpa kehadiran bapanya, Anggun menerima pujian daripada guru yang melatah kerana memberi persembahan mantap pada pertandingan itu.

Katanya, Anggun sebelum ini tidak dapat menghadiri latihan selepas terced£ra di bahagian kaki kerana terkena air panas.

"Sebenarnya Anggun dah banyak ketinggalan sebab dia masuk hospital sebelum ini tapi Alhamdulillah dia dapat lakukan dengan baik," ujarnya Linda yang sebelum ini meluahkan rasa k£sal apabila Beego tidak menghadiri pertandingan anaknya itu.

Sejak Januari lalu, rumah tangga Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, menjadi perhatian ramai apabila pelakon berkenaan memfailkan perceraian terhadap suaminya dengan alasan tiada persefahaman.
Bagaimanapun proses penceraian pasangan itu sehingga kini masih belum dapat diselesaikan secara baik.

Pasangan itu sebelum ini pernah bercerai talak satu pada 27 Mac 2023 sebelum kembali rujuk pada 9 April 2023.

Linda bagaimanapun mendakwa mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk, namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Untuk makluman, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada Jun 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: